Ads Top

Kaji Semula Bentuk Hukuman Sebab Pelajar Semakin Biadap - Peguam Adnan Seman


Apakah peraturan yg ditetapkan bagi hukuman “ROTAN” ke atas pelajar?

Guru wajar rotan pelajar namun perlu berhati2 elak terpaksa berdepan tindakan tatatertib.

1) Sekolah adalah tempat mendidik dan memperbetulkan akhlak pelajar2. Mereka ini adalah warisan dan bakal mencorak masa depan negara.



2) Jika pelajar yg nakal, biadap dan malas belajar mmg para guru perlu tegas kepada mereka agar mereka berubah menjadi lebih baik.. Pelajar yg berani mengejek guru dengan apa jua perkataan adalah pelajar yg biadap dan mmg amat wajarlah dia dirotan.

3) Pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya” perlu dihayati oleh para ibu bapa. Atas sebab itu saya beri kebenaran kepada guru agar rotan anak saya jika mereka buat kesalahan disiplin. Saya sokong apa jua bentuk ketegasan guru untuk mendidik anak2 saya.

4) Namun dalam masa yg sama para guru perlu lebih berhati2 ketika merotan kerana bukan sahaja guru akan dipersoal oleh ibu bapa pelajar tetapi juga berdepan dengan tindakan tatatertib.

5) Ini kerana Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 memperuntukkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi menjalankan hukuman rotan. Intipati peraturan tersebut adalah seperti berikut:

a) Murid perempuan adalah dikecualikan daripada hukuman rotan

b) Hukuman rotan ke atas murid-murid lelaki hendaklah menggunakan rotan yang ringan dikenakan sama ada di tapak tangan atau punggung yang berlapik dengan pakaian

c) Hanya guru besar atau guru yang diberikan kuasa sahaja yang boleh melakukannya.

d) Semua hukuman yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan. Kemudian, rekod tersebut akan disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar.

e) Guru yang dipertanggungjawab melaksanakan hukuman rotan bukanlah melakukan berdasarkan perasaan dendam atau marah kepada murid tetapi ia adalah
sebahagian daripada proses mendidik. Tindakan yang dikenakan terhadap murid seharusnya difahami oleh semua pihak iaitu sebagai alat untuk mendisiplinkan murid bukannya sebagai alat untuk mencederakan fizikal dan mental murid.

f) Hukuman rotan di khalayak ramai sama ada di tapak perhimpunan atau di tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dibenarkan sama sekali. Tindakan ini boleh menjatuhkan maruah dan memberi impak negatif yang lebih besar terhadap keperibadian murid.

6) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan dua surat Pekeliling Ikhtisas bagi memperingatkan guru daripada berkenaan hukuman ke atas salah laku
murid yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959.


7) Surat pekeliling itu adalah:

a) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 yang bertajuk Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salahlaku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturanperaturan Pelajaran bertarikh 7 November 1983 (Bahagian Sekolah KPM, 1983).

b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 yang bertajuk Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-pelajar Sekolah yang bertarikh 5 September
1995 (Bahagian Sekolah KPM, 1995).

8.) Pada tahun 2003, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 telah dikeluarkan mengenai Kuasa Guru Merotan Murid telah dikeluarkan bagi mengemaskini senarai dan kategori kesalahan disiplin murid di sekolah mengikut kategori BERAT, SEDERHANA dan RINGAN.

9) Kesalahan Berat antaranya merokok, mencuri, berjudi, menyebabkan atau melakukan pergaduhan atau kekerasan dan/atau melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/ pengawas murid. Biadab terhadap guru, pengawas atau murid juga merupakan kesalahan berat.

10) Kesalahan Sederhana adalah seperti menyalahgunakan menggunakan peralatan sekolah tanpa kebenaran, ponteng, keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan dan lain2.

11) Kesalahan Ringan pula antara lain adalah menyimpan misai, janggut atau jambang, berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu, bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.

12) Bagi Kesalahan Berat hukumannya adalah Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan.

13) Bagi Kesalahan Sederhana hukumannya adalah Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)

14) Manakala bagi kesalahan ringan hendaklah diberi amaran dan sesi kaunseling.

15) Walaubagaimanapun sebagai ibu bapa kita hendaklah menilai terlebih dahulu sikap dan tindakan anak2 kita dan kita perlu rela anak kita dihukum & diberi pengajaran atas sikap dan tindakan mereka.. apatah lagi jika mereka biadap terhadap guru.

Kementerian Pendidikan wajar mengkaji semula bentuk hukuman yg ditetapkan kerana nampaknya pelajar2 semakin berani dan biadap kepada guru.

Sumber : Adnan Seman

3 comments:

  1. Kalau aku jadi guru dah lama aku tumbuk muka pelajar tu!

    ReplyDelete
  2. DULU AKU PERNAH TULIS MALAYSIA PERLU RAPATKAN ATAU MENYERTAI TERUS "PAKATAN BRICS" /BRAZIL,RUSSIA,INDIA,CHINA,SOUTH AFRICA

    AKU AKAN BERHENTI MENYERANG ATOK FITNAH SEKIRANYA MALAYSIA MENYERTAI PAKATAN 'BRICS'

    ANTARA PERKARA BERANI YANG DIBENTANGKAN OLEH BRICS IALAH :

    1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.
    2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.
    3. AIIB(Asian Infrastructure Investment Bank) sudah ditubuhkan di Shanghai untuk Pakatan BRICS bagi mengantikan Bank Yahudi IMF dan World Bank dan menghapuskan penggunaan Dollar Amerika.
    4. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar kewangan baru dan urusniaga baru di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.
    DOLLAR ,IMF , WORLD BANK DAN FEDERAL RESERVE AKAN HANCUR DIBAWAH PAKATAN BRICS

    Sergei Glaziev, pakar ekonomi dunia berada dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan.

    SERGEI GLAZIEV : SISTEM HUTANG + RIBA TIDAK MASUK AKAL

    Sergei Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas.

    Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.

    Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu Sergei Glaziev mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.

    Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuklear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.

    Bank Negara dan Central Bank setiap negara perlu direvolusikan dan direncanakan semula tidak terikat pada RIBA Yahudi Sedunia dan penghapusan secara total Dollar EURO dan Federal Reserve...Kemungkinan BRICS juga dibentuk oleh illuminiti wallahualam sekurang kurang nya Malaysia ada pilihan lain sebelum kebangkitan Islam dari timur...BRICS perlu mulakan langkah dari sekarang..!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

All Right Reserved by REZQEEN HILL ®. Powered by Blogger.