Pada 2015, selepas banyak perkara berbangkit dan bla bla bla sehingga akhirnya kes ini diselesaikan secara baik serta dipersetujui bersama secara muktamad di mahkamah. Keluarga Teoh Beng Hock menerima RM 600,000.00 (enam ratus ribu ringgit Malaysia).
Kerajaan Malaysia (defendan) ketika itu diterajui Barisan Nasional bersetuju membayar ganti rugi tersebut setelah saman difailkan oleh keluarga Teoh yang terdiri daripada bapa, ibu, adik dan tunangnya.
Ek eleh hari ini, DAP minta nak buka semula siasatan kes ini. Dah selesai, selesai lah. Masa dapat duit dulu kata dah muktamad. So dalam erti kata lain, dah takkan ada lagi cerita fasal hal ni lagi.
Tiba-tiba jer.
Muhyiddin kata, kerajaan sudah menggunakan semua proses undang-undang untuk menyiasat kematian Teoh, termasuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan membayar pampasan kepada keluarganya.
“Keluarga tidak puas hati walaupun sudah menerima bayaran pampasan, mereka tuntut lagi.
“Saya serah kepada peguam negara untuk buat keputusan sewajarnya,” kata Muhyiddin.
Betul ar tu apa kata Muhyiddin. Kau nak apa lagi. Sudah-sudah lah tu. Banyak lagi kes seperti arwah Adib yang tak selesai. Baik fokus satu-satu terlebih dahulu.
1 Comments
Eloklah sekiranya keluarga mendiang memulangkan semula wang pampasan yang telah diberikan, untuk kerajaan membayar hutang PTPTN misalnya, atau membantu ramai keluarga2 Felda yang kini dikatakan sedang tenat...
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..