Full Width CSS

Latipah Koya Wajar Buktikan Kemandirian 7 Kes Berprofil Tinggi - Asyraf Wajdi


1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan selamat bertugas dan tahniah di atas perlantikan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Puan Latheefa Beebi Koya selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

2. Syabas juga kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana meneruskan tradisi dan konsistensi mereka untuk terus memungkiri janji manifesto pilihanraya kepada rakyat yang ditanggapi bukan kitab suci yang wajib dipatuhi.


3. Justeru, bagi memberi peluang kepada Puan Latheefa Koya membuktikan kesungguhan dan mengotakan janji beliau untuk membersihkan Malaysia daripada rasuah, Pemuda UMNO menyarankan agar beliau haruslah 'without fear or favour' mempercepatkan dan membuka kembali kertas siasatan 7 kes berprofil tinggi melibatkan rakan-rakan pimpinan PH beliau yang 'disenyapkan'. Ini termasuklah:


(1) Kes rasuah dan salah gunakuasa di dalam projek Terowong Bawah Laut yang melibatkan YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

(2) Kes pembelian Banglo yang mencurigakan melibatkan YB Lim Guan Eng Menteri Kewangan sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Perniagaan Pang Li Khoon.

(3) Kes berkaitan kejanggalan senarai keanggotaan parti serta dakwaan pembelian undi di dalam pemilihan PKR yang lepas.

(4) Kes rasuah berkaitan pembelian Merdeka Palace Kuching Sarawak oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, Zahid Mat Arif sewaktu beliau menjadi Pegawai Khas Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FELDA.

(5) Kes penerimaan wang sejumlah RM800,000 dari 12 kontraktor melibatkan Mohd Azhar Che Mat Dali, Setiausaha Politik YB Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu.

(6) Kes memonopoli kontrak perolehan Kementerian oleh anak kepada Menteri Perlancongan, Seni dan Kebudayaan, YB Datuk Muhammadin Ketapi.

(7) Kes terbaharu yang didedahkan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Syukri Abdull di dalam mesyuarat yang melibatkan Menteri-Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian yang dipengerusikan Perdana Menteri berkenaan arahan seorang Menteri Kabinet terhadap penerima kontrak kerajaan untuk menyalurkan dana kepada parti tertentu dengan ugutan untuk menarik balik kontrak jika gagal melakukannya.

4. Setakat hari ini, ironinya maklumbalas yang diterima dari SPRM mengenai kes-kes di atas sama ada 'masih dalam siasatan' atau 'tiada tindakan lanjut' seolah-olah ada arahan untuk 'disenyapkan'.

5. Oleh yang demikian, bagi membuktikan kewibawaan dan integriti bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Pemuda UMNO mendesak supaya 7 kes di atas dapat disegerakan tindakannya dan didedahkan statusnya kepada rakyat!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

9 Jun 2019

Post a Comment

2 Comments

  1. Good job, well done.Barulah depa ketagh lutut..baru padan muka hang

    ReplyDelete
  2. Mahathir tetap Mahathir tiada apa yang berubah, yang berubah hanya umurnya saja, perangai dan matlamat tetap sama. Jangan ada orang lain terlebih pandai dari dia, pasti jadi musuh utama.
    Itulah Mahathir 22 tahun dahulu dan kini.

    Perangai tetap sama.

    Pilihan Mahathir kebanyakannya hancur . Mula mula sekali Musa Hitam, ditendang macam hanjing, pilih pulak Ghafar Baba, lunyai dibiarkan terkapai.kapai menyelamatkan diri sendiri , pilih pula Anwar Ibrahim jadipula kes haruan makan songsang, tak cucup dengan itu, dipakaikan 'liwat" keatas Anwar Ibrahim.

    Pilih pula Pak Lah , salah juga dimata Mahathir . Dalam diam Pak Lah dihempuk depan belakang hingga Pak Lah terpaksa lepaskan jawatan .

    Tanam pulak Najib sebagai PM, tak berkenan pulak hati Mahathir, habis aib UMNO yang Mahathir sendiri corakkan dimalukan walaupun kekayaan anak anaknya hanya dapat mereka kecapi diera UMNO/BN.

    Akhir sekali Mahathir keluar dari UMNO , tubuh pula PPBM.

    Kerana manusia jenis tiada maruah dan pendirian maka terpaksalah jual diri dan tebalkan muka dan akhirnya terpaksa jilat kembali bontot Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang semata mata nak jadi PM.Itulah Mahathir.

    Sekarang baru Mahathir puas hati.
    Alasan Mahathir!! Nak selamatkan Malaysia.

    Semua mesti.ikut cakap dia. Dia saja yang betul.Anakcucu dia saja yang pandai berniaga walau niaga roti pun lingkup dan dibailout beratus billion perniagaan yg lain. Orang lain tak islamik yang islamik hanya Tun dan anakcucu walaupun anakcucu keluar masuk gereja,pegang tin arak dan anjing.Paling win siapkan Slogan slogan Islam.. baru nampak islamik dengan menjaja slogan islam.

    Orang lain semua salah,suma tak betul tak cekap atau semua tak kompiten dari kacamata beliau. Itu sebab rating yang diberi hanya setakat 5/10 saja, hanya.beliau saja 10/10.

    Dari AG hinggalah kepada IGP dan terkini Latifah Koya untuk Suruhanjaya SPRM, semuanya pilihan Mahathir belaka. Bagi Mahathir pilihannya tepat buat masa ini tetapi akhirnya semuanya bakal mengikut telunjuk Mahathir saja.
    Yang bakal menikmati "rahmat kekayaan" adalah kroni Mahathir dan anak anaknya sampai bila bila..

    Ingat langit tak selalu cerah wahai Tun Mahathir Mohammad...

    Rakyat marhean akan tetap kena kencing.Ada juga yang buta hati trrkinja kinja kena hancing dan kencing..

    Hanya rakyat saja yang berubah iaitu dari senang kepada susah, tapi bagi Mahathir orang Melayu adalah bangsa pemalas. Malah dengan bangga dia sllu mengata Melayu Mudah Lupa... reality yang bangsat mudah lupa cuma dia..!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..