Full Width CSS

Menteri PH Kata Gaji Minimum Ditetapkan BN Sebelum Ini Terlalu Tinggi


Inilah bezanya antara kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan PH hari ini. Paras tangga gaji pokok RM1,100 dikatakan terlalu tinggi.


Walhal kerajaan BN tentukan paras tangga gaji tersebut bukan disebabkan bidang tugas atau kerja yang dilakukan pekerja gred tersebut terlalu mudah tetapi BN merasakan bahawa setiap warganegara Malaysia wajar dibantu untuk meningkatkan taraf hidup mereka. 

Bila kena kat kerajaan PH, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran kata, kerajaan akan mengkaji gaji pokok lebih “relevan” bagi sektor tertentu kerana RM1,100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor.

Katanya, perkara itu memerlukan lebih banyak kajian sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan dan kementeriannya turut mempertimbangkan langkah meminda undang-undang buruh untuk menjadikannya lebih relevan.
Nampak tak bezanya BN dan PH. Kerajaan BN berzaman menfokuskan hal kebajikan rakyat diutamakan. Pelbagai skim bantuan diwujudkan dalam masa yang sama untuk mengimbangi taraf hidup rakyat. 

Namun PH pula langsung tak fikir bagaimana kehidupan rakyat di bawah. Yang mereka dok jaja dari awal dahulu adalah kerajaan tiada duit dan perlu berjimat cermat bla bla bla. Rakyat perlu bantu kerajaan PH bla bla bla tabung derma bla bla bla. Akhirnya tabung entah ke mana dan ekonomi negara tetap begitu, langsung tak menampakkan kenaikan graf dan petanda positif. 



Post a Comment

0 Comments