Full Width CSS

Pemuda UMNO Kelantan Ingatkan Puak PH Jangan Klimaks Awal Isu 1MDB


Pemuda Pakatan Harapan (PH) seperti lebih sudu daripada kuah apabila membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung dana Umno yang dikaitkan dengan 1MDB.

Bendahari Pemuda Umno Kelantan, Wan Mohamed Rasman wan Hassan berkata, ini kerana isu itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah Pejabat Pendakwa Raya juga masih belum melakukan dakwaan.



"Kita lihat tindakan Pemuda PH ini bersifat jahat demi menutup isu yang melanda PH khususnya isu video seks yang didakwa membabitkan pimpinan mereka," katanya.

Timbalan Pemuda PH Kelantan, Hazmi Hassan berkata gesaan itu dibuat susulan dakwaan SPRM bahawa Umno merupakan salah satu pihak yang menerima wang secara haram daripada 1MDB.

Sementara itu Wan Mohamed Rasman berkata mahkamah belum lagi membuktikan Umno bersalah dan saman lucuthak juga baru sahaja dimulakan.

"Jadi bagi saya tindakan melaporkan Umno kepada ROS dilihat sebagai tindakan kurang bijak dan melambangkan tahap pemikiran yang rendah.

"Saya melihat jika Umno Kelantan belum lagi bersalah sepatutnya isu sedemikian tidak dimainkan lagi.

"Ia dimainkan sekadar untuk menutup rasa gerun mereka terhadap penyatuan ummah yang telah diterima baik oleh pelbagai lapisan dan kaum di Malaysia ini," katanya.

Post a Comment

0 Comments