Full Width CSS

#PopCornTambah Anwar Kata Dia & Kepimpinan PKR Tak Perlu Masuk Campur Urusan Azmin & Haziq Pula


Anwar berkata bahawa dirinya enggan untuk masuk campurtangan dalam isu skandal video akhir zaman yang mana pelakunya dikatakan mirip individu bernama Azmin Ali dan Haziq Aziz.



“Itu adalah keputusan Mohamed Azmin dan peguamnya. Saya fikir tidak sesuai untuk saya masuk campur. Begitupun, saya akan beritahu pandangan peribadi saya kepada beliau dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, jelas Anwar, tindakan Mohamed Azmin yang sering tidak hadir mesyuarat sejak tercetusnya isu video tersebut merupakan isu berbeza kerana apa lebih penting PKR menolak budaya politik kotor.

“Beliau tidak datang mesyuarat adalah adalah isu berbeza, pendirian parti dari awal adalah menolak budaya politik kotor. Kita juga tidak berminat menyoal beliau tentang kandungan video itu,”

Ini namanya pemimpin bacul. Anak buah perangai macam yahudi tapi tiada tindakan langsung diambil. Hanya tunggu dan lihat apa nak jadi selepas ini sahaja?

Tindakan harus dikenakan kepada Azmin Ali. Apa yang special sangat Azmin di dalam PKR sehinggakan Haziq diberikan surat tunjuk sebab dan beberapa pihak di dalam PKR sendiri beriya² mahu tindakan buang keahlian terhadap Haziq dilakukan.

Kalau Anwar berkata isu tersebut sedang disiasat oleh pihak Polis, semua pihak termasuk ahli PKR digesa supaya tidak mencampuri urusan tersebutu. Eh elehhhh sebelum ini dan sekarang banyak juga isu² yang sedang dalam kes mahkamah perlu dipatuhi oleh Anwar dan pemimpin² parti itu tapi relax jer korang duk ulas dan ada yang terus jatuhkan hukum. Jangan sembang seolah² bila terkena batang hidung sendiri, tiba² nak buat senyap.



Post a Comment

2 Comments

  1. Yalah.....semua dah terdedah. Usaha dah capai target, tak perlu campur lagi.

    ReplyDelete
  2. Siapa pihak yang untung sebenarnya? Jeng jeng jeng..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..