Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata jika beliau menjadi presiden parti itu, sudah lama Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat.
“Nasib baik bukan saya jadi presiden, kalau saya presiden saya dah pecat dah (Haziq).
“Sebab saya memang tegas kata suruh pecat (Haziq), tapi parti nak ikut proses, biarlah dia ikut proses,” katanya.
Haziq berdepan surat tunjuk sebab dari PKR selepas dia mendakwa terlibat dalam aksi seks sejenis bersama menteri ekonomi Azmin Ali. Azmin menafikan dakwaan itu, menyifatkan sebagai komplot untuk menjatuhkannya dan mengancam tindakan undang-undang.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..