Full Width CSS

Lega Kem Azmin Ali Apabila Haziq Aziz Dipecat Dari PKR Tapi..


Selepas diberi tekanan berulang kali daripada kem Azmin Ali, akhirnya Lembaga Displin PKR mengambil ketetapan untuk memecat Haziq Aziz daripada parti tersebut.

Mengapa kita boleh katakan bahawa Lembaga Displin tunduk kepada tekanan adalah tindakan yang diambil ini jelas bercanggah dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini yang tidak akan bertindak selain memberi notis tunjuk sebab kepada Haziq sahaja.



Anwar sendiri yang kata, kes ini masih dalam siasatan Polis, so kena tunggu lah tindakan nak diambil. Tapi tiba² Pengerusi Lembaga Displin PKR Ahmad Kassim berkata tindakan diambil disebabkan Haziq langgar tatacara disiplin parti.

“Kita telah mendapati beliau telah melanggar tatacara disiplin parti, ia berdasarkan tuduhan rasuah secara terbuka dan tanpa bukti serta kes yang masih dalam siasatan polis,” - Ahmad Kassim

Pelik betul ar puak PKR ni, main flip flop pula. Patutnya awal² dahulu terus pecat, bukannya main tarik tali macam ni.

Lagi menarik selepas Haziq membuat kenyataan berani mati, beliau boleh ke mana² saja dengan santai tanpa risaukan apa². Adakah kerana negara ini dah cukup selamat atau beliau diberikan perlindungan oleh orang tertentu?

Siapa ada jawapan? 


Post a Comment

0 Comments