Full Width CSS

Adakah Tertuduh Kes Langgar Arwah Syed Akan Terlepas Kerana Air Kencing Negatif Dadah?


Pelbagai persoalan yang ditimbulkan terutamanya daripada geng netizen terhadap isu semasa yang berlaku kelmarin melibatkan pemandu di jalan raya. Meskipun ada pelbagai tanggapan dan rumusan yang dibuat, tetapi seperkara yang kita sebagai rakyat Malaysia khuatir sekali adalah si pelaku (samseng jalanan) bakal terlepas begitu saja.

Yang bakal teraniaya adalah pihak yang termakan provokasi atau menjadi mangsa dalam sesuatu kes. Tidak kurang juga pihak yang tidak berpihak seperti pihak berkuasa atau badan beruniform kerajaan.

Pastinya ramai yang masih ingat kes yang berlaku di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan dekat Permatang Pauh pada 14 Mac 2017. Si pelaku sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab.

Sebuah kereta Proton Gen2 yang dipandu melawan arus oleh wanita bernama Cindy Ng Pei Ven berusia 19 tahun yang telah menyebabkan kematian Mohd Fandi Rosli yang meninggalkan seorang isteri sedang hamil 4 minggu. 


Cindy telah didakwa di bawah pengaruh dadah dan didakwa di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya dan turut didakwa di bawah seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian. Perbicaraan dijalankan dengan bahasa mandarin.

Namun beliau telah terlepas pendakwaan kes di bawah akta dadah merbahaya kerana ujian air kencingnya negatif meskipun pada awalnya pihak Polis mengesahkan bahawa wanita tersebut telah ditahan dalam keadaan khayal. Keputusan kes di bawah akta pengangkutan jalan sehingga kini tidak diketahui apa keputusannya.

Persoalan yang menarik untuk kita fikirkan dan bincang. 


Ada juga mengatakan bahawa Cindy dilepaskan sebab mempunyai kad OKU, kesahihan masih tidak diperolehi. Tapi kalau lah dia level OKU masalah pembelajaran kan, macam mana dia boleh perolehi lesen memandu?

Dia tak ambil test memandu berkomputer ker atau dia ada cara lain untuk lulus?

Adakah modus operandi kes ini akan digunapakai untuk kes arwah Syed yang dilanggar tempohari??



Post a Comment

0 Comments