Full Width CSS

MB Selangor Nyaris Digulingkan Puak PH Sendiri Kelmarin


Satu komplot dikatakan untuk menumbangkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari tidak menjadi.

Cadangan pindaan enakmen negeri yang akan membuka jalan kepada penukaran agama kepada Islam secara sepihak - yang berpotensi memecahkan Pakatan Harapan - tidak menjadi.



Bagaimanapun, dengan Amirudin memberi petunjuk bahawa terdapat kemungkinan bahawa rang undang-undang itu boleh dibentangkan semula.

Ini boleh terus menjadikannya sebagai sasaran. Lebih-lebih lagi selepas beliau membuat kenyataan mengenai skandal video seks yang mencetuskan kemarahan penyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Seorang penyokong PKR di Selangor menghubungi Malaysiakini dengan mendakwa terdapat akuan berkanun (SD) yang mencukupi untuk menunjukkan Amirudin hilang keyakinan di Dewan Undangan Negeri.

Dalam pertemuan semalam, ahli PKR, yang enggan namanya disebut, berkata rampasan kuasa itu akan disokong oleh sekurang-kurangnya sembilan anggota PKR, 16 daripada DAP, lapan daripada Amanah, dan tiga daripada Bersatu.

Ini menjadikan jumlahnya sebanyak 36 Adun, lebih daripada 29 yang diperlukan untuk majoriti mudah.

Sumber itu mendakwa Anwar menyedari perkembangan berkenaan tetapi mengarahkan mereka supaya tidak berbuat apa-apa sehingga beliau kembali selepas menunaikan fardu haji.

Bagaimanapun, pembantu Anwar menafikan dakwaan itu.

Menurut sumber, pembelotan terhadap Amirudin disebabkan terutamanya oleh dakwaan salah urus program kebajikan Selangor iaitu program Inisiatif Peduli Rakyat.


Post a Comment

0 Comments