Full Width CSS

Lebih Baik Umumkan Saja Kerajaan Sukar Menangkap Jho Low


Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador meminta orang ramai yakin bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memang sudah tahu lokasi sebenar Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - ketika ini.

“Macam mana kita bersabar menunggu waktu berbuka puasa, begitulah kita (perlu) sabar menunggunya.

"Satu hari lagi genap kita berpuasa, maka kita bersabar. Begitulah seterusnya dalam masa terdekat," katanya seperti dipetik Astro Awani.

Sebelum itu Abdul Hamid berkata polis mempunyai "petunjuk baru" berkenaan lokasi Jho Low - yang gagal dikesan sejak 2015 - dan akan membawanya pulang "tidak lama lagi".

Pada pandangan saya macam ni je lah, sebagai rakyat, kita sendiri tak pasti apa perkara @ kesulitan yang dihadapi pihak PDRM untuk membawa pulang dan menangkap Jho Low tapi yang pastinya rakyat makin lama makin meluat dengan perkhabaran begini.

Sebelum ini, ada orang kanan Perdana Menteri mengatakan telah tahu lokasi sebenar Jho Low dan sedang negotiate untuk dibawa pulang tapi pengakhirannya begitu juga, sunyi sepi.

Mungkin KPN harus mengunci mulut buat sementara daripada bercakap mengenai hal ini sebab sebagai pemerhati, saya risau kelak nanti rakyat akan memandang rendah kredibiliti pihak berkuasa tempatan yang dilihat seakan bermain wayang. Kita tak nak perkara ini berlaku. Lagi malu nanti sekiranya quote ini di pick up media asing.

Barangkali KPN boleh menggunakan kenyataan begini..

"no komen"

Terus habis dan tamat spekulasi rakyat terutama pihak media yang ingin mendapatkan perkembangan lanjut hal Jho Low ni. 

Post a Comment

0 Comments