Friday, March 16, 2012
1 Amah 1 Tugas 1 Malaysia
Dalam berita tersebut juga turut dinyatakan bahawa seorang amah atau pembantu rumah atau bibik hanya akan membuat satu kerja sahaja. Contohnya,
Jika majikan ambil bibik daripada agensi untuk tujuan mengemas rumah. Maka si bibik ni hanya boleh mengemas rumah saja. Selain daripada tu seperti menjaga bayi, memasak, jaga orang tua dan melakukan perkara² lain tidak boleh.
Kemudian, paras gaji minima sebanyak RM700.
Ulasan saya, memang TERBAIK. Indonesia membekalkan bibik² bertaraf WORLD lah sangatttt~
Hal ini bagi keseluruhan rakyat Malaysia, amatlah tidak munasabah dan merugikan majikan sahaja. Kebimbangan saya dan seluruh majikan di Malaysia ini bukan saja terhadap isu pengkelasan kerja tertentu dan paras gaji sahaja bahkan meliputi tempoh jangka masa amah tersebut berkhidmat.
Di Kuala Lumpur saja, sudah berapa puluh mungkin ratusan kes bibik melarikan diri daripada rumah majikan. Jika ditolak bilangan bibik yang melarikan diri kerana diseksa, didera dan dijadikan hamba mungkin angka tersebut masih tidak mempengaruhi jumlah ratusan kes yang berlaku hampir setiap hari ini.
Saya memberi contoh yang mudah untuk perhatian semua pihak terutama pihak berkuasa dalam permasalahan yang dialami majikan hari ini.
1- Jumlah bayaran mendapatkan bibik sekurang²nya RM3,000 - RM7,000 termasuk dengan urusan pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.
2- Buat kerja tak sampai 3 - 4 jam (jumlah harian),
3- Seminggu, sehari cuti.
4- Gaji RM700 sebulan
5- Agak² tak suka dengan majikan, lari rumah.
Perkara begini mungkin berulang² terjadi kepada majikan yang sama 2 - 3 kali.
Kebanyakan undang² mengambil bibik ni, agensi akan tawarkan tempoh selama 6 - 12 bulan jaminan / warranty. Jika majikan tidak gemar ataupun si bibik mempunyai masalah, maka si majikan boleh memohon ditukarkan bibik yang baru ataupun dikembalikan wang tersebut.
Perkara yang membimbangkan adalah trend sekarang ini. Kadang² tempoh khidmat tidak sampai setahun, si bibik sudah melarikan diri daripada majikan. Dan ada juga kes, bibik berkhidmat 6 bulan kemudian lari.
Saya percaya bibik² ini mempunyai rangkaian sindiket melalui perhubungan telefon bimbit antara agensi dan rakan²nya yang lain. Di mana mereka (agensi) ini akan menelefon bibik² tersebut dan meminta mereka lari ataupun keluar dari rumah tanpa pengetahuan majikan dengan tawaran bayaran yang lebih lumayan katanya.
Dalam keadaan begini, si mangsa adalah majikan dan si bertambah kaya merupakan agensi tersebut lah. Sudah tentu si bibik yang sama akan digunapakai untuk tugasan di rumah dan majikan yang lain. Ini merupakan strategi dan perkara yang dilakukan secara terang²an oleh agensi dan bibik tersebut.
Pihak berkuasa, wajiblah memantau perkara sebegini daripada terus berlaku dan berleluasa.
Namun kepada majikan seluruh Malaysia, anda masih lagi mempunyai banyak saluran dan pilihan bibik dari negara lain, seperti,
Thailand, Kemboja, Filipina, Sri Lanka, India, Vietnam dan Laos. Negara² ini telah diisytihar oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
p/s: kalo dpt maid mcm Maid In Manhattan pun terbaik tu hehe
Najib Mampu Lah Belanja RM400k Tuh
Sebelum ini PKR mendakwa majlis pertunangan yang berjumlah RM409,767 itu dibiayai oleh Pejabat Menteri (PMO) ekoran invois yang dialamatkan secara terus kepada pejabat berkenaan. Walaupun kenyataan PMO dan pihak hotel sebelum ini yang menafikan bahawa kos tersebut dibayar PMO sebaliknya ianya dibayar sendiri oleh DS Najib dan keluarganya, ianya dilihat masih gagal menyakinkan banyak pihak.
Benarkah selaku seorang Perdana Menteri beliau tidak akan mampu berbelanja hampir setengah juta hanya untuk satu majlis pertunangan?
Menurut satu sumber yang diemelkan (dihantar oleh seseorang yang mendakwa ini tangga gaji PM & TPM tahun 1997-1999 semasa Anwar Ibrahim menjadi TPM) - tangga gaji bagi seorang Perdana Menteri pada tahun 1999 serta Timbalannya adalah :
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit, tidak boleh didedah (OSA).Jika benar maklumat yang dikirimkan kepada saya di atas secara puratanya pendapatan bulanan bagi seorang Perdana Menteri adalah RM55,650.00.
2. Elaun Keraian RM10,500.00 – tidak sulit.
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit.
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit.
5. Elaun parking RM 5,700.00
Mengikut ilmu hisab yang saya belajar dari Siti Sifir - anggaran kasar pendapatan tahunan seorang Perdana Menteri adalah RM667,800.00 dan jumlah ini belum ditambah dengan lain-lain kemudahan serta elaun-elaun yang telah diperuntukkan kerajaan kepada PM dan TPM.
Jadi adakah seorang Perdana Menteri yang mana bapanya juga merupakan bekas Perdana Menteri tidak mampu untuk menampung kos berjumlah setengah juta jika dikira dengan pendapatan yang diperolehi oleh beliau?
Itu belum dikira dengan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh...
Adik kepada DS Najib Tun Razak iaitu DS Nazir Razak dari CIMB Groups dan OSK Holdings (mengikut majalah Malaysian Bussiness tahun 2008) yang merupakan antara 40 individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak USD 100 juta.
Logikkah tuduhan PR bahawa DS Najib Tun Razak dan keluarga TIDAK MAMPU membiayai sendiri kos pertunangan sedangkan arwah bapa, adik beradik DS Najib Tun Razak mempunyai kekayaan sendiri yang mana ada diantara mereka memperolehi kekayaan sebelum DS Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri?
Harus diingat, individu yang melangsungkan majlis pertunangan iaitu Nooryana Najwa merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia sudah tentulah DS Najib Tun Razak selaku bapa dan juga Perdana Menteri Malaysia perlu melaksanakan kedua-dua tanggungjawabnya iaitu dengan melangsungkan majlis yang melibatkan anaknya secara besar-besaran kerana tetamu yang dijemput melibatkan individu penting negara seperti DYMM Agong dan Permaisuri, Kerabat-Kerabat Di Raja dalam dan luar negara.
Itu belum lagi kita cerita mengenai perkahwinan yang melibatkan artis 'meggi segera' di Malaysia ini yang mana ada di antara mereka melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran malah khidmat helikopter turut digunakan.
Jadi usah hairan sangat dengan jumlah yang dibelanjakan PM untuk majlis Nooryana Najwa, kerana ianya adalah majlis biasa bagi seorang VIP lebih-lebih lagi individu tersebut adalah Perdana Menteri, cuba periksa jumlah yang dibelanjakan oleh Anwar Ibrahim untuk perkahwinan Nurul Izzah yang mana bapanya merupakan bekas banduan.
Dengar-dengar perkahwinan Nurul Izzah dilangsungkan dalam gilang-gemilang, yang mana pada waktu itu jika dikira pendapatan Anwar Ibrahim sebagai pensyarah jemputan di Universiti berapalah sangat...
Mungkin PKR dan Rafizi Ramli lebih suka DS Najib Tun Razak tunangkan anaknya secara diam-diam, lepas itu nikahkan secara diam-diam di sempadan Siam akhirnya ianya menimbulkan fitnah dan syak wasangka sebagaimana Anwar Ibrahim lakukan kepada Kak Wan masa muda-muda dulu.
Orang kata... bukan saya kata... cuba cek tengok... kikikiki...
Sumber : tun faisal dot com
Ulasan :
Selepas ni, ramai orang takut nak booking dewan or buat apa² majlis di Shangri-La. Sebab takut maklumat dibocorkan oleh org dalaman hotel kan.
Tapi kalo Shangri-La nak nafikan, silalah saman Rafizi Ramli tu. Mana satu si Rafizi? Tengok gambar di bawah.
Thursday, March 15, 2012
Anwar Ibrahim Madu & Racun
Siapa Madu???
Siapa Racun???
Bukankah kedua² ada pada Anwar Ibrahim? Kah kah kah.
Bakal ADUN PAS Mohon BR1M
![]() |
| Klik Untuk Besarkan Imej |
![]() |
| Klik Untuk Besarkan Imej |
Rafizi Mungkin Ada Jawapan Untuk Persoalan Ini
"Ini ialah pendekatan yang diambil oleh Anwar dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara.
Sumber : Agenda Daily
Ulasan :
Mungkin
Mungkin anak ikan Anwar Ibrahim ni mempunyai jawapan untuk persoalan ini hehehe. Jawab jangan tak jawab.
Wednesday, March 14, 2012
Bocor : Proton P321A
So, nak amek satu tak?
Tempahan sudah dibuka mulai esok huhu.
Belilah Barangan Buatan Tempatan
Sokonglah Kereta Nasional Kita
Negeri Mana Penerima BR1M Terbanyak?
Bagaimanapun dari segi peratusan isi rumah, Kelantan merupakan negeri terbanyak penerima BR1M iaitu sebanyak 84% daripada keseluruhan jumlah isi rumah.
Kedua²nya negeri Pembangkang hmmm..
Menurut Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak semasa menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat semalam. Sehingga 1 Mac 2012, sebanyak 4.78 juta permohonan BR1M telah diterima semenjak pendaftaran BR1M dibuka pada 10 Disember 2011.
Daripada jumlah tersebut pula, sebanyak 972,000 atau 20% permohonan tidak berjaya. Antara alasan penolakkan tersebut ialah
i- permohonan bertindih atau telah wujud,
ii- maklumat pemohon, pasangan dan tanggungan tidak lengkap
iii- pendapatan isi rumah melebihi RM3,000
iv- pemohon terdiri daripada pembayar cukai pendapatan.
"Rayuan tamat 15 Mac ini tapi kita akan tambah sedikit masa lagi supaya semua kes (rayuan) diteliti sebaik-baiknya".- DS Najib
Jumlah pengagihan keseluruhan BR1M sehingga 1 Mac 2012 adalah sebanyak RM1.92 billion. Sebanyak 3.8 juta isi rumah menerimanya.
Tuesday, March 13, 2012
Jawatan Kosong Menteri Pembangunan Wanita
Teka teki tersebut terus berlegar di ruang-ruang angkasa Lembah Pantai, pejabat Kementerian terbabit dan di segenap blog-blog umum.
Dato Seri Shahrizat Abd Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO mengumumkan perkara demikian kelmarin di Johor.
Sudah ada khabar-khabar dari banyak peringkat, ada yang telah melobi diri sendiri dan memasang angan-angan untuk menjawat position tersebut.
Namun agak kelakar apabila ada ura-ura mengatakan Ketua Bahagian UMNO Cheras, Dato Syed Ali Al Habshee bersedia menjawat jawatan tersebut. Menurut rumors juga, punca pertikaian dan kecaman Syed Ali terhadap Kak Ijat sebelum ini kerana beliau menginginkan jawatan selaku Menteri tersebut sahaja hahaha.
Menurut cerita-cerita gosip dari kumpulan Rafizi PKR, si Nurul Izzah pun berminat nak pegang jawatan tersebut keh keh keh.
Monday, March 12, 2012
Kekejaman Tidak Mengenal Mangsa
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.
Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.
Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.
Ulasan :
Saya mengutuk dan mengecam si pelaku yang membakar adik Dirang. Semoga balasan yang setimpal diberikan kepada pesalah.
Al Fatihah



















