Full Width CSS

Nik Aziz Makan Nasik RM2.50 je


"ANTA dah makan," tegur Tok Guru kepada tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.

Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.

Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.

Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.


Ulasan:
Hmmm hmmmm hmmm.. tak tau nak cakap apa lah sebab nampak Nik Aziz ni mcm belakon je lebih.

Tapi rasanya kalo pihak penganjur bagi makan Unta Golek, sure la Nik Aziz tibai kan. Cuma nya kali ni pihak penganjur dah 'sengkek' sebab tu la dorang sediakan nasik bungkus RM2.50 utk semua tetamu. Bajet kurang psl byk salur utk ceramah² tak faedah tu.

So kepada puak² PAS jgnlah terlalu bangga dgn apa yg dilakukan para pemimpin kamu itu. Semua mereka mempunyai nafsu dan ego sendiri. Juga boleh dikatakan, kebanyakan mereka alim² kucing. Kalo ada nampak peluang, sure akan diNGAPnya nanti. Tak caya, cuba tanye Din Puduraya & Mat Sabul.



Post a Comment

1 Comments

  1. hahaha... Pas tak makan rasuah..cuma sapu jerr !! Pak Lebai mana nak tolak Janda bergetah..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..