Pada hari ini , di dapati pelajar - pelajar Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Ada segelintir pelajar yang suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dari satu sudut dapat di lihat pelajar - pleajar tersebut tidak dapat memberi tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.
Apakah dengan adanya Akta Universiti dan Kolej Universiti serta tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak bolehkah pelajar - pelajar tersebut mengadakan forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik. Malangnya pelajar-pelajar Melayu yang terhalang maksudnya untuk berseronok terus menyalahkan pemimpin dan Kerajaan.Ramai yang tidak sedar bahawa tahun 1972 penyerapan anasir komunis dan sosialis masih kuat di Negara ini. Di Sekolah- sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKRC) di Penang ditemui bahan-bahan ajaran Mao Tze Tong. Begitu juga di Universiti Malaya ketika itu. Apakah wajar ianya dibiarkan. Masih ingatkah kita maksud tersirat parti - parti pembangkang ketika itu menggunakan provokasi di Kepong, Gombak dan Setapak mengusik hati peribumi sehingga tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei.
Bendera Negara dan UMNO di bakar dan di pijak. Salah seorang yang memijak bendera UMNO hari ini masih berkeliaran walau pun pada satu ketika rujuk dan memeluk UMNO rapat-rapat untuk menjadi Perdana Menteri dinegara ini. Kalaulah tanpa AUKU, percayalah lebih ramai anak-anak Bangsa yang menjadi kutu jalan.
Ramai juga yang lupa sejarah. Semasa Tun Mahathir menjadi Menteri Pelajaran, beliaulah yang membuka peluang seluas-luasnya kepada guru-guru melayu dan anak -anak Melayu masuk universiti dalam dan luar negeri walaupun kelulusan tidak seberapa. Tindakan ini semata-mata mengisi hasrat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi izan supaya bilangan Malayu berpendidikan tinggi di tambah bilangannya.
Ada di kalangan mereka ini yang tidak cerdik sangat. Pensyarah yang banyak bantu. Untuk nampak macam cerdik dan hendak beri alasan kepada emak bapak bila gagal periksa mereka gunakan alasan perjuangan sebagai jalan keluar. Manakala anasir- anasir asing pula memang nya suka meihat kejatuhan dan kegagalan bangsa Melayu, jadi aktiviti mereka di galak dan di rangsang. Perlaksanaan AUKU sebenarnya bertujuan mengelakkan mahasiswa 'berpolitik dalam kampus'. Kampus atau IPT adalah tempat menuntut ilmu,bukan tempat berpolitik. Tidak ditegah mahasiswa memegang suatu ideologi di dunia luar kampus,tetapi tidak mencampur adukkan urusan pelajaran dan politik. 'Adil' itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya,meletakkan proses pembelajaran bersama-sama dengan perjalanan proses politik (politik kepartian-kepuakan) adalah 'tidak adil' dan ini bertentangan dengan ajaran Islam.
Ada pula suara-suara yang menyatakan bahawa kampus merupakan medan atau pentas awal dalam menceburi politik dan politik merupakan kaedah membentuk kepimpinan. ini suatu pandangan yang amat serius dan tidak positif, program kepimpinan serta kokurikulum sebenarnya merupakan proses sebenar dalam membentuk identiti serta karekter kepimpinan yang tulen,bukan politik seperti hari ini.Ia suatu senario yang berbeza serta fenomena yang tidak sihat kepada mahasiswa sendiri. Ini kerana,isu diluar dan didalam kampus kelihatan 'sama tapi tak serupa'. Agenda poltik luar lebih tertakluk kepada golongan politik yang jelas memainkan peranan yang berbeza serta motif yang berbeza dengan level seorang mahasiswa.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan tetap menyokong agar AUKU ini terus hidup dan dilaksanakan demi kepentingan anak bangsa, Agama dan Ilmu perlu didahulukan,bukan politik di utamakan.
Pilih pilih tempat nak mandi
Pertama lubuk kedua pantai
Pilih pilih tempat nak jadi
Pertama elok kedua pandai
Berburu kepada datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Jangan baju koyak kerana dek lenggang,
Jangan terperosok songkok kerana dek lonjak
Pertama lubuk kedua pantai
Pilih pilih tempat nak jadi
Pertama elok kedua pandai
Berburu kepada datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Jangan baju koyak kerana dek lenggang,
Jangan terperosok songkok kerana dek lonjak
NOTA KAKI : Ramai ibu bapa meninggalkan pesanan keramat kepada anak-anak mereka, "BELAJARLAH NAK RAJIN-RAJIN UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN KAMU".
Sumber : Puteri UMNO Cheras
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..