Di bawah ni antara beberapa dalil yang dianggap sebagai 'benda' pelik di dunia.
Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA..
PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.
2.
Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
KEMUDIANNYA..
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
3.
PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”
KEMUDIANNYA..
Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
4.
PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?!@#$@#”
KEMUDIANNYA..
Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan ?!@#$@# bahkan mencanggihkan ladang ?!@#$@#, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan ?!@#$@#’.
5.
PAS kata Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA..
Bila Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.
6.
Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
KEMUDIANNYA..
Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.
7.
Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA..
Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”
8.
PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.
9.
PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
KEMUDIANNYA..
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.
10.
PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)
11.
PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
KEMUDIANNYA..
PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.
12.
PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA..
Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
13.
Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA..
PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?
14.
PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara
KEMUDIANNYA..
PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana? PAS terus senyap dan senyap
15.
PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
KEMUDIANNYA..
PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.
16.
PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”
KEMUDIANNYA..
PAS sekarang berkempen war-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
17.
PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”
KEMUDIANNYA..
PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah. Di Kelantan sudah lama menjadi sarang pelacuran tapi Nik Aziz terus diam membisu.
18.
PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA.. PAS meredhai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kenapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?
19.
Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
KEMUDIANNYA..
PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.
20.
PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Boleh jadi murtad lah kononnya
KEMUDIANNYA..
PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)
21.
PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
KEMUDIANNYA..
PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.
22.
PAS kata perjuangkan Islam
KEMUDIANNYA..
PAS kini perjuangkan negara kebajikan. Soal Islam tolak tepi dahulu. Siapa yang tak Islam sebenarnya?
23.
Nik Aziz berani kata wujudkan negeri hudud.
KEMUDIANNYA..
Apabila banyak pihak mencabar, Nik Aziz kata tunggu PAS ke Putrajaya dulu. Umpama menanti bulan jatuh ke riba lah kot
24.
PAS berani menyahut seruan perhimpunan sejuta umat menentang murtad.
KEMUDIANNYA..
Tarik diri pasal takda kena mengena dengan parti. Sebenarnya PAS takut dengan PKR & DAP.
Persoalannya adakah masih releven PAS hari ini?
43 Comments
aku suka ni. pinjam ya bro
ReplyDeleteterbaik bro..minta di kongsi..:)
ReplyDeletepinjam artikel ni.. nk post dlm facebook
ReplyDeleteAku rasa isu bercambah pusat2 hiburan di Adun DAP sbb nak tampung duit deficit hutang dgn Syabas ekoran menampung air percuma tu. Tak cukup dengan jual pasir, Bangunan Yayasan Selangor, duit dari pusat maksiat adalah tambahan pendapatan kerajaan negeri.
ReplyDeletekau ni jahat lah bro tapi aku suka hahahaha
ReplyDeleteSila share para pembaca sekalian.. Kita perlu sedarkan para penonton di atas pagar mahupun di pagar sebelah..
ReplyDeletenk share..nk share..
ReplyDeletememang dah lama aku sedar PASIK ni lidah bercabang,masalahnya penyokong tegar PAS memang bodo macam unta.
ReplyDeletebro, elok disebarkan kepada blog BPN yang lain...
ReplyDeletepasti kepanasan juak PAS baca..depa maner boleh terima kenyataan...
mereka ingat pemimpin depa maksum dalam segala hal...
mohon share , nak masuk dlm FB , biar terbuka segala otak pecacai PAS yg terbeku , itu pun kalau mereka ada mata !
ReplyDeletejom kita masukan dlm Fb ramai2 !!
Pas kata ayat ayat alquraan semuanya politik.
ReplyDeleteKemudiannya berpolitiklah hamba abdi Pas seolah2 Alquraan diturunkan untuk Pas berpolitik.
Tahniah dn terima kasih Rezqeen.
good job
ReplyDeleteSalam...bagus hang rez...ini lah point2 yang patut di simpan dan di siarkan dimuka depan GAP...hentam pas kaw2....tapi memang semua rakyat dah tau ,yg kurang faham pencacai Pas musangka aje..sampai la confused......kesian.......
ReplyDeleteBriliant, well done, keep those ideas/comments flowing.... because there are all true... Tapi UMNO BN juga kena ubah juga, sebab kronisme dan depotisme masih ada walaupun dah kurang...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemcm mana pulak jika terang2 menghina ayat-ayat Allah SWT? mengakui hudud hukum Tuhan (kata najib) tp tak mau buat kerana berdasarkan realistik pulak? apa yg berlaku adalah krisis keyakinan ummat Islam terhadap hukum Allah SWT, klu tak yakin dengan pengetahuan atau kepakaran yg ada di Malaysia , boleh sahaja hantar satu pasukan untuk berkursus bagaimana untuk laksana hudud seperti di Arab Saudi dan Yaman, jgn cari alasan seperti ini hudud PAS... nak seribu daya tak nak seribu dalih... jika UMNO membentangkan draf hudud UMNO sendiri, saya pasti puak2 PAS akan menyokong, silap2 hari bulan PAS akan dibubarkan...
~ pencinta kedamaian dibawah naungan Allah SWT ~
PINJAM PAPARAN ANDA UNTUK DI PAPAR DI BLOG SAYA. TQ
ReplyDeleteMUSANG UNGKA TAK NAK JOIN SEKALI?
ReplyDeleteAPA-APA PUN TERBAIK...AKU NAK COPY ARTIKEL NI...BOLEH BRO REZQEEN?
mantap bro! tahniah! masih banyak yg perlu didedahkan berkaitan tabung memali & pe'el pelik mat sabun yg sentiasa berlawanan dgn acuan Islam. syiah ka dia?
ReplyDeleteTeringgat pada arwah saudara aku pada awal tahun 80an.Dimana beliau adalah penyokong kuat kepada parti Pas,di tambah pula isu mengkafirkan penyokong umno tengah hangat selepas keluar fatwa hadi.
ReplyDeleteArwah tidak akan makan sembelihan org umno begitu juga sembahyang di masjid kerajaan.
Sebelum meninggal dunia dia telah pergi sembahyang di masjid yg berimankan seorang iman umno,dia juga hadir pada majlis kenduri kedara tak mengira fahaman.Bila orang bertanya dia hanya menjawab islam itu bukan dari pas,dia tak sanggup nak minta maaf pada org umno yg di tuduh kafir di padang masyar nanti.lebih kurang seminggu dia telah jatuh sakit dan meninggal dunia selepas itu.
ulasan yang baik. kalau boleh emailkan ke mat sabu gemok tu
ReplyDeletekesimpulannya...angkat jari tengah..halakan pada juak2 pas!!!
ReplyDeleteBagus betul la bro, dapat kompil kan semuo eh dalam satu artikel.. buleh buat peluru nih... heheheheh
ReplyDeleteTerbaik bro ... aku juga ada idea sebegitu tapi tak dak masa nak buat ...
ReplyDeleteBahan ni baik utk PRU 13 .... cumanya hanya berkesan kepada ahlul PAS (maksudnya, Anjing dlm bahasa Croatian) yang celup-celup dan pengundi atas pagar.
Hujah-hujah sebegitu tak akan diterima oleh puak anjing tegar @ dikenali sebagai "Anjing Hangit".
Mereka ini sejak kecil sudah dibrainwash untuk mendewakan pemimpin mereka.
Bermula drp PASti hinggalah tamat pengajian tinggi, mereka ini dipantau secara dekat agar sentiasa mendewakan pemimpin mereka. Umpama kultus yg menguasai pemikiran, jiwa dan sanubari mereka.
Apa saja yg terpacul drp mulut pemimpin dikira fatwa yg wajib ditaati. Segala fitnah dan umpatan bagaikan fatwa bagi mereka. Segala perkara yg tidak memihak dihukumkan haram.
Segalanya berkiblatkan kepada mendapatkan kuasa. Hatta berkawan dgn syaitanpun mereka sanggup. Maka dgn doa tersebut, dimakbulkan Allah utk mereka kini benar-benar berkawan dgn syaitan (DAP/PKR).
suke3..moral of the story..PAS ni mmg PELUPA :P
ReplyDeletesaya rasa perlu diperbanyakkan lagi dalil yang lain, sehingga hari ini banyak penyelewengan dan kesesatan yang telah dilakukan oleh puak hamPAS...saya cadangkan blog ini dijadikan platform untuk mengumpulkan dalil-dalil tambahan dan seterunya disebarkan kepada umat islam di Malaysia. Diharap tn REZQEEN HIIL sanggup ambil cabaran ini..
ReplyDeletePAS IS DEAD
Terbaik dan tahniah
ReplyDeleteMinta link kan
terbaik bro... keep it up
ReplyDeletepinjam ye,,nak share dlm pesbuk...
ReplyDeleteKupasan yang amat menarik. Kalau saya kirim kepada kekawan yang taksub PKR sure terbeliak bijik mata mereka.
ReplyDeleteNice posting! Memang sesiapa yang memangkah PAS sama macam undi untuk DAP.
Hi...nice job...at least this is a proof that they're just a politician that used Islam as a milestone...this also means that they're not a perfect Muslim as compared with UMNO members. Hopefully that they will not manipulate more about Islam in future. Thank you for your post.
ReplyDeletePeace!!!
Salam.. err.. bro, tak nak try cari dalil hadith dan Al-Quran tentang setiap tindakan PAS tu ke? sebab setakat nak guna logik akal jer, Allah S.W.T tak terima masa soal jawab kat akhirat nanti.. dan memandangkan dah ramai yang share artikel bro, maka berganda juga habuan yang bro dapat..
ReplyDeletesenang citer camnilah, dalam 4 mazhab ada berlaku khilaf kan.. tapi semua pun berdasarkan dalil2 yang sahih.. so saya percaya ulama' PAS masih ada yang berpegang dengan dalil sahih dalam menentukan sesuatu tindakan (merujuk kepada tindakan mereka yang bro senaraikan diatas)..
~Pencinta Islam~ =)
semua yg dipaparkan benar belaka! tapi ada banyak lagi dalil2 gila parti haprak ini yg harus kita korek dan gali..pas memang hamPAS!!
ReplyDeletemantap...mintak share
ReplyDeleteBro, PAS ni dah bukan parti politik lagi dah. Sekarang ni PAS secara tak rasminya macam Biro Agama Islam DAP. Tak lama lagi rasmilah tu..
ReplyDeletetime pru 13 nnti..kuarkan lagi artikel ni..aku nak print..nak bg org kampung baca..biar diaorg tahu..puak2 yg pakai kopiah ni tak la baik sangat..pandai cakap je...
ReplyDeletemohon share ye bro ..
ReplyDeletePAS dah tak relevan, apa yang dicakapkan kena batang hidung sendiri, dia buat boleh, kita buat xboleh..
ReplyDeletePAS dah tak relevan la, apa yg dorg ckp sama ja dgn apa yg dorg buat...kata org paku serpih, kata org dia yg lebih...
ReplyDeleteAlhamdullilah. Terima kasih.
ReplyDeleteDari sebutir jagung akan membuahkan tujuh telinga dan setiap telinga akan membuahkan beratus butir...
Salam tuan!
ReplyDeleteSaya sgt suka himpunan 'dalil2 sesat PAS ini.
Syabas dgn tulisan menarik ini.. suka!!
jdkan ini bahan dakwah dan kita tumbangkan PAS di semua negeri PRU13 nnt Insya Allah.
edarkan risalah2 berkaitan.
Mohon utk copy ayat2 di atas.! Syukran!
t'baekk r..=)
ReplyDeleteTahniah saudara memang tepat. Memang wajar pemimpin PAS sedar sikap pemimpin mereka yang buat ramai kecewa. Cakap tak serupa bikin. Penduduk Seksyen 19 Shah Alam berhadapan masalah kuil haram dikawasan majoriti Islam yang masih belum selesai sampai hari ini. Semasa BN dulu usaha sudah dibuat pemimpin BN pindahkan penduduk kawasan setinggan yang menggunakan kuil itu. Campur tangan MIC menyebabkan pemindahan kuil sering tertangguh. Persatuan penduduk minta campur tangan Sultan pada Julai 2006. Pada Julai 2007 aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam JPM dan BPR. Pada 29/12/2007 MBSA maklumkan kepada penduduk kuil akan di pindahkan ke Seksyen 22. Selepas PR Mac 2008 berkuasa begitu mudah wakil rakyat PR batalkan pemindahan kuil ke Seksyen 22 kerana menjaga hati pengunjung kuil haram yang datang dari kawasan lain. Baca seterusnya masalah penduduk melalui blog kuilharam.blogspot.com
ReplyDeleteSalam bro/beb/akak sumer,
ReplyDeletesaya cume nak tanyer ..lah yer:
1) Saper yg luluskan/buat dasar mudahkan lesen2 judi di genting highlands??? dan seluruh negara?
2) pusat2 hiburan yang bercambah di bdr2 besar ni sape yang luluskan dan mudah2kan?
3)kehilangan tanah rezab melayu yg tidak berganti sperti termaktub dlm perlembagaan ni tanggungjawab sape erk?
4)berkuburnya tulisan jawi , saper menteri yg bertanggungajwab tu erk?
5)aper criter DEB erk? braper % usahawan/peruncit melayu yg sebenarnyer berjaya dihasilkan ?
6) saper yg membiarkan ank2 muda lalai/layu semasa tahun baru/sambutan kemerdekaan dengan hiburan yg melalaikan bersama2 pemimpin hadhari kiter?
7)pernah baca ker fikah politik dalam islam sebelum buat komen mengenai politik dan islam? pernah dah ker baca tulisan Profesor dr yusof qardhawi sebelum buat komen2 sebegini?
8)Cube bandingkan kehidupan pemimpin PAS dengan UMNO, ?
9)Dah 50 tahun merdeka, bile UMNO nak laksana hukum-hakam ISLAM plak? Masjid, bank islam? Kat amerika pun ade masjid,,,
10)Cube tgk balek sejarah, saper yg hina raj2 melayu masa krisis raja tahun 1993 dulu erk?
11) UMNO pejuang melayu ker/? Bukan ker UMNO ni, United Malays national Organizational?? ni bahase melayu ker? Aduss,,,macmane pejuang melayu, name pun inggeris semenjak tertubuhnyer??? KL Sentral?? Precint???? Pudu Sentral baru2 ni??? hayoo...yo..
12)Cube semak , negeri termiskin negeri mane erk?
Sila jawab bro/beb/akak/puan/tuan/ dengan fakta bukan dengan kebencian erk bro /beb/puan/tuan...
Im not saying that PAS/DAP/PKR the best tapi LU PIKIRLAH SENDIRI!! & satu lagi, takde makhluk/parti yg kekal di dunia ni,,,jadi nak tak nak , perubahan perlu pd satu hari nanti,,
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..