Full Width CSS

Ringkasan Ucapan Tanpa Text Ketua Pemuda WP

Masa yg dibenarkan 5 minit sahaja utk mengusulkan cadangan di dalam Persidangan Pemuda UMNO petang tadi.

Para wakil negeri akan bangun berucap dan mengangkat usul yg utk dibawa ke dalam Persidangan Agung UMNO esok hari.

Antara yg terakhir berucap merupakan Ketua Pemuda UMNO Bhgn Bdr Tun Razak merangkap Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan (WP), Saudara Rizalman Dato' Mokhtar.

Beliau yg hanya berucap tanpa text tampak tenang dan bersahaja berjenaka dgn wakil Pahang yg telah 'mencuri' sedikit waktunya dgn berucap panjang dan sempat berseloroh mengenai bakal calon winnable candidate harus menepati masa yg diberikan dan disambut dgn hilai tawa dlm dewan.

Bercakap mengenai cabaran yg digalas bg memastikan kemenangan BN di WP, beliau menyatakan Pemuda UMNO WP telah bersedia menghadapi PRU 13 akan dtg dan hanya menunggu semboyan dibunyikan oleh Presiden UMNO.

Sambil menyifatkan dakwaan Anwar Ibrahim pada tahun 2008, bahawa WP merupakan kubu kuat PKR, sgt tidak tepat kerna melihatkan perkembangan semasa dan trend org muda bandar skg ini telah mula beralih kpd BN atas dasar mempercayai kebolehan parti UMNO menerajui negara.

Beliau juga turut menyangkal dakwaan kononnya UMNO hanya mendapat sambutan generasi muda luar bandar sahaja. Sebaliknya UMNO kini merupakan parti yg memahami kehendak aspirasi semua golongan termasuk golongan muda.

Kubu-kubu yg kononnya kuat bg PKR sebaliknya nanti akan bertukar menjadi kubur kpd perjuangan tidak bermoral PKR.

Rizalman yg mewakili Pemuda WP mencadangkan agar Majlis Pembangunan Belia Bandar diwujudkan.

Kementerian WP & Kesejahteraan Bandar diharapkan dapat menyediakan satu platform tambahan untuk suara anak muda/belia bandar bagi menyuarakan pandangan serta mencari jalan menyelesaikan permasalahan belia bandar

Cadangan seterusnya Pemilikan Rumah. Beliau menyarankan kepada kerajaan agar projek perumahan PR1MA dapat dibina di setiap kawasan parlimen WP dalam merealisasikan impian generasi muda memiliki rumah di dalam bandar agar dapat memulakan penghidupan dan kerjaya di bandaraya Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama beliau mengharapkan agar pembinaan projek PR1MA ini dapat disegerakan memandangkan cadangan perlaksanaan sebanyak 5,884 unit bakal disiapkan dalam tempoh 5 tahun.

Beliau turut menawarkan fungsi Sekreatiat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dilebarkan ke luar bandar agar byk pihak mendapat manfaat daripadanya.


UMNO Untuk Semua

Post a Comment

0 Comments