Full Width CSS

Dilema Orang Melayu


Perasaan perkauman bukanlah perkara baru di Malaysia. Walaupun ada dakwaan yang hendak menafikannya namun hakikat yang nyata ialah tidak ada satu pun parti politik di Malaysia yang betul-betul bukan Perkauman. Sebahagian besar orang-orang Malaysia baru menyedari betapa meruncingnya masalah perkauman ini setelah berlangsungnya Pilihanraya tahun 2008.

Di Malaysia sekarang, banyak janji-janji manis dilafazkan terhadap konsep bukan perkauman dan lebih-lebih lagi terhadap politik bukan perkauman. Parti perkauman didalam Negara ini selain tiga komponen utama Barisan Nasional (BN) adalah Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan juga sebenarnya parti komponen Pakatan Rakyat sendiri iaitu DAP dan PKR.Meskipun mereka bersungguh-sungguh membantahnya, namun semua parti politik ini bersifat perkauman di dalam kegiatan politik mereka.

Di Malaysia, ada tiga kaum utama yang hampir-hampir tidak mempunyai sebarang persamaan. Firasat, bahasa, kebudayaan dan agama mereka berbeza. Di samping itu, bagaimanakah sesuatu kaum itu boleh melupakan kaum nya sendiri hanya kerana mahu dasar kesamarataan kaum. Adakah ini boleh berlaku ataupun hanya angan-angan dan janji manis untuk mendapat kemenenangan di dalam pilihanraya akan datang?

Tiada sebarang sebab yang membolehkan seseorang itu melupakan bangsanya. Jadi orang yang berkata “lupakan bangsa” tentulah penipu. Jika warganegara dibeza-bezakan mengikut kaum maka tentulah terdapat kesetiaan terhadap kaum. Kesetiaan kaum mestilah melibatkan keistimewaan kaum sendiri dan menolak sesuatu agenda yang merugikan kaum tersebut.

Saya berpendapat, langkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diilhamkan olen Tun Abdul Razak telah membawa banyak manfaat kepada orang Melayu secara am nya. Ini harus diterima oleh orang Melayu sendiri, jangan merasa malu apabila menerima bantuan oleh kerajaan, kerana kerajaan sedar akan tanggungjawab terhadap orang Melayu. Ini adalah janji pemimpin terdahulu sebelum merdeka lagi. Kebangkitan orang Melayu di Malaysia, dengan sendiri nya akan meningkatkan daya saing orang Melayu dengan kaum bukan Melayu.

Semua langkah ini bertujuan untuk mewujudkan satu masyarakat yang adil, dimana tidak ada satu kaum yang lebih maju atau “superior” berbanding kaum lain. Orang tidak akan berkata bahawa langkah-langkah membentuk sebuah masyarakat yang lebih adil itu salah. Ataupun adakah salah polisi kerajaan ini untuk memperkasakan orang Melayu?

Sebaliknya pula, setengah-setengah orang bukan Melayu melihat penghapusan politik perkauman sebagai satu cara bagi mengukuhkan kedudukan kaum mereka sendiri. Jadi tentangan mereka terhadap politik perkauman sebenarnya tidaklah mencermikan sentiment anti-perkauman, cuma dengan terhapus dasar politik perkauman dan dasar-dasar istimewa orang melayu akan menguntungkan mereka. Strategi mereka ini sangatlah nyata.

Soalnya sekarang, kaum-kaum di Malaysia adalah berbeza. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan. Akan tetapi perkara yang lebih penting ialah tiap-tiap kaum itu mendakwa bahawa kaum-kaum lain lebih baik kedudukan mereka.
  1. Orang Bukan Melayu mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu
  2. Orang Melayu pula mempersoalkan kuasa ekonomi orang Cina
Tetapi ramai yang lupa, dari dua perkara diatas, adalah lebih mudah dengan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu berbanding memastikan orang melayu dapat menguasai ekonomi Negara. Dua perkara yang sangat berbeza magnitude dan impak terhadap Negara. Adakah orang Melayu, selepas pemansuhan dasar hak keistimewaan orang Melayu, dapat memecahkan monopoli ekonomi orang Cina?

Jadi soalnya, mana yang harus diutamakan dahulu? Apakah dengan menghapuskan dasar-dasar dan hak keistimewaan orang Melayu akan wujud integrasi kaum atau pun orang Melayu akan lebih terpinggir di dalam sistem politik dan ekonomi Negara?

Sumber : The Kuala Lumpur Chronicle

Post a Comment

0 Comments