Full Width CSS

Hasan Ali Ada Prinsip

Exco kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak itu mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.

Ditanya sama ada beliau patut keluar PAS jika menghadapi masalah dalam parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.

Menurut beliau, ini kerana beliau harus mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan, mufti dan veteran politik terlebih dahulu.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat mana-mana organisasi tidak lagi menyokong tiga prinsip yang diperjuangkannya itu, kemungkinan beliau keluar parti mungkin berlaku.

Mengulas hakikat beliau tidak mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusi Gombak Setia yang disandangnya, Hasan berkata ia hanya perkara kecil kerana "pejuangan untuk Islam lebih besar''


Ulasan :

Saya sgt menghormati pendirian Hasan Ali mengenai kedudukannya di dlm PAS & Pakatan Selangor.

Beliau seorang yg mempunyai prinsip dlm mengejar cita-cita. At least dia tau mana yg baik dan buruk dlm politik ni.

Demi agama, bangsa dan negara pastinya beliau juga tidak mahu melihat tragedi hitam terpalit pada muka bangsa sdr.

Tak mcm si geng2 nya yg lain. Hanya tau buat & pinda benda yg bkn2. Bg pemimpin pembangkang yg dh ckup selesa, memiliki kekayaan berkat hasil Dasar Ekonomi Baru (DEB) pastinya tidak sesekali toleh ke blkg utk membantu golongan yg masih di bwh paras kurang kemampuan.

Inilah sikap penting sdr pembangkang Melayu khususnya.

Post a Comment

0 Comments