Full Width CSS

KR1M Dibuka Macam Cendawan Lepas Hujan

Pastinya dengan pertambahan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di seluruh negara umpama cendawan tumbuh lepas hujan meresahkan Nurul Izzah & Tony Pua yg begitu lantang cuba menjatuhkan imej kerajaan.

Konsep Gagasan 1 Malaysia tidaklah dlm bentuk slogan semata² tetapi dapat melangkah jauh ke hadapan dlm bentuk produk dan perkhidmatan yg boleh membantu, mengurangkan beban dan menambah keselesaan rakyat.

Umum mengetahui KR1M ini dibuka atas tanggungjawab kerajaan yg begitu prihatin terhadap kos sara hidup rakyat yg semakin tinggi.


Atas faktor 'promosi' tidak langsung yg turut dilakukan oleh Nurul Izzah dan Tony Pua, sambutan rakyat terhadap KR1M semakin melonjak. Berdasarkan akan hal tersebut, kerajaan telah membuka lebih banyak KR1M utk memenuhi permintaan rakyat.


Seperkara yg harus diketahui ialah kebanyakan barangan di dalam KR1M merupakan produk buatan tempatan hasil dari Industri Kecil Sederhana (IKS) yg di bawah seliaan kerajaan.

Pilihan barangan keperluan rakyat di Malaysia ini tidak terhad sebaliknya terdapat byk lagi pasaraya² besar yg disediakan utk rakyat spt Jaya Jusco, Tesco, Carrefour, Giant, Econsave, Segi, Hero dan lain² lagi. Rakyat kini sudah semakin bijak membandingkan mana barangan yg lebih murah dan bersesuaian dgn kualiti yg dikehendaki.

Tepuk Dada Tanya Selera


Kedai Rakyat 1 Malaysia - Klik Sini

Post a Comment

0 Comments