Full Width CSS

Program Khatan 2011 : Pemuda UMNO Bandar Tun Razak

Program Jom Berkhatan anjuran Pemuda UMNO Bandar Tun Razak dengan kerjasama Masjid Al Mukhlisi, Alam Damai.

Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee.


Turut sama memeriahkan program merupakan Pengerusi Masjid, Tan Sri Alimuddin Mat Do.

Jumlah bayaran RM20 seorang peserta


Menurut Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Rizalman Dato' Mokhtar, jumlah peserta pada mulanya dibuka utk seramai 200 orang sahaja. Tetapi atas sambutan yang sangat menggalakkan, penganjur telah menambah kuota kepada 230 peserta khatan.


Perkara menarik pada ucapan perasmian, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee mengumumkan pemulangan semula bayaran RM20 tersebut. Kiranya budak² ni sunat PERCUMA lah.


Bagus betul UMNO, sanggup tampung kos sunat yang sepatutnya RM180 untuk seorang kanak² tetapi diberi PERCUMA sahaja.

PAS, PKR dan DAP boleh bagi macamni?




Kalau dikira kos seorang kanak² khatan RM180 kemudian diKALIkan pula dgn jumlah keseluruhan peserta seramai 230.
Jumlah kos = RM41,400 tidak termasuk makan, minum dan lain-lain




Pengertian hidup dapat dirasai pada program ini. Bagaimana kasih sayang seorang bapa dan ibu terhadap anak mereka yg merasa kesakitan semasa berkhatan.


Sepanjang pemerhatian saya di sana, rata² ibu bapa melahirkan rasa gembira dan terima kasih dgn penganjuran program sebegini.



Inilah antara program yang dilakukan oleh Pemuda UMNO / BN - Bandar Tun Razak utk rakyat Parlimen 124, yang dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.


SYABAS PEMUDA UMNO BANDAR TUN RAZAK
Facebook - Pemuda Bandar Tun Razak



Dulu - Kini - Selamanya

Post a Comment

0 Comments