Full Width CSS

DBKL Atau Datuk Bandar Perlu Jawab?

Menariknya Tahun Baru Cina kali ini, saya telah menerima segulung notis bil² sewa rumah daripada Jabatan Pengurusan Perumahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yg dicampakkan ke dalam tong sampah rumah saya dan telah dijumpai oleh abg saya yg juga seorang blogger - PembelaWira

Hah lagi menarik, sepatutnya bukan saya yg harus menerima bil² tersebut. Sebab..
1- Alamat tersebut bukanlah di dlm tong sampah
2- Saya bukan pekerja DBKL


Kesilapan si pelaku meletakkan segulung bil² ini di dalam tong sampah rumah saya sangatlah best kerana dia tak menyedari siapa tuan rumah ini. Malangnya bagi si pelaku dan DBKL, bil² ini dijumpai di rumah blogger pro UMNO dan BN hehe.

Bil yg bertarikh bulan Disember 2011, mempunyai 3 jenis variasi color ini tertulis AMARAN, PERINGATAN dan RAMPASAN. Alamat bil² ini di Perumahan Awam (PA) Seri Johor 4A, Bdr Tun Razak. Ia terletak 1.5 KM dari rumah saya.

Utk info, PA Seri Johor merupakan kawasan yg dilawati oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dalam Program Turun Padang pada Jumaat lepas. Rujuk sini.

Persoalannya, apakah motif di sebalik perkara ini?


Segulung notis bil² dijumpai dalam tong sampah hmmm..

Perkara yg bermain dalam fikiran pembaca sekalian tentulah si penghantar ini PEMALAS orangnya. Dalam erti kata lain, dia mungkin mempunyai agenda tersendiri. Ini notis bil bulan Disember 2011, adakah bulan² sebelumnya dan akan datang juga dicampak dalam tong sampah rumah orang atau dibakar? 

Perkara ini, DBKL perlu ambil perhatian dan Datuk Bandar wajib ambil tahu.

Untuk makluman, sekadar perkongsian bersama. Kawasan PA Seri Johor merupakan salah satu kawasan yg akan dibangunkan dalam Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA). Antara kawasan² sekitar yg akan dibangunkan ialah Seri Melaka, Seri Pulau Pinang, Tmn Seri Ikan Emas dan lain²


Dalam beberapa siri taklimat yg disampaikan oleh DBKL & SP Setia and Tradewinds (pemaju PR1MA, Bdr Tun Razak), ada beberapa kemusykilan dan perkara yg tidak dapat dicapai secara sepakat bersama penduduk.

Antaranya ialah kegagalan pihak pemaju menjawab pertanyaan penduduk, seperti..
1- Adakah penduduk disitu layak membeli atau menyewa rumah² tersebut kerana faktor usia?
2- Berapa ratus kaki persegi utk setiap penduduk kawasan tersebut bole beli? (800ft-1200ft)
3- Ada tak perbezaan harga utk pembeli luar & penduduk kawasan tersebut? dan beberapa lagi.



Hasil taklimat tersebut tidak mencapai apa yg dikehendaki oleh penduduk sebenarnya. Kegagalan program taklimat tersebut telah menyebabkan penduduk mempertikaikan sejauh matlamat Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan boleh diguna pakai masa kini.

Hasrat DS Najib memang Rakyat Didahulukan tapi hendaklah dipenuhi dgn pengisian yg berguna, input berguna dan terbaik utk rakyat bukannya sekadar simbolik semata².


Mengapa saya mengaitkan notis bil² ini dgn rumah PR1MA? Adakah kerana ia saling bersangkut paut. Jawapannya YA.

Sebagai contoh, apabila projek PR1MA ini siap kelak. Mungkin keutamaan utk pindah masuk akan diberikan kpd penyewa² PA Seri Johor dan sekitarnya yg telah menjelaskan sewa rumah dgn sempurna. 


Bagaimana pula dgn baki penduduk yg gagal berpindah ke rumah PR1MA ini nanti kerana mengalami masalah gagal menjelaskan baki sewa rumah yg berharga RM124 sebulan. Jika bakinya RM124, senang je la nak bayar tapi kalo jumlah seperti di bawah ni, siapa yg mampu?

Kebanyakan penduduk di sini berpendapatan rendah dan sederhana. Mereka juga penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).


Agak² apa yg mereka akan cakap nanti?

Tentulah ada yg memekak nanti kata, notis bil PERINGATAN tidak diterima. Dan pada masa tersebut, mereka akan mula menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara direct kerana gagal membantu meringankan beban mereka dan bla bla bla. 

Itu mungkin persepsi penduduk yg menjadi mangsa. Tapi mengapa tak pasal² pulak BN yg bersalah? Sedangkan terang²an yg bersalah dalam hal ni ialah DBKL kerana gagal menyampaikan bil ke tangan penyewa sendiri. 

Melalui pemahaman saya, notis² bil ini dicetak di Ibu Pejabat, DBKL dan akan dihantar terus ke pejabat² zon seluruh Wilayah Persekutuan. 


Apabila notis tersebut sampai di pejabat² zon ini, petugas DBKL di sana akan menghantar sendiri notis² ini masuk ke dalam peti surat penyewa. Malangnya si petugas tersebut tidak dapat membezakan antara peti surat dan tong sampah.

Nombor telefon yg dibulatkan di atas, telah ditamatkan perkhidmatanya. Memang terbaik website tak update !!~

Meh bukak sendiri tengok ePerumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


Memalukan.

Soalnya adakah dgn terjadinya perkara sebegini, potensi BN utk merampas kembali kerusi P124, Bdr Tun Razak akan tercapai dgn mudah? Jawapannya tentu sekali tidak kerana BN telah disabotaj dari awal² lagi oleh seorang penjawat awam bergelar malaun yg malas menghantar notis bil pada penduduk di sana.


Ini tidak termasuk lagi dgn notis bil RAMPASAN. Kang ada pulak Pakcik dan Makcik yg tgh sedap tengok Raja Lawak 6 (ulangan) tiba² datang pulak penguatkuasa nak rampas premis sbb tak bayar sewa. Hah kan dah jadi hal pulak.

Sketsa dan alasan tak terima bil akan dijaja lagi dan akhirnya yg tak pasal² bersalah ialah Barisan Nasional. Sekali lagi BN dibenci disebabkan satu orang yg ...... (isi sendiri la ruang kosong tu)

Saya tidak minta si pelaku dibuang kerja tetapi memadailah dia diberi hukuman @ tindakan tatatertib supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Saya juga tak minta si pelaku masuk UMNO dan mengundi BN tapi biarlah dia tahu utk memberi khidmat dgn jujur dan ikhlas setimpal dgn bayaran gaji yg diterima setiap bulan. DBKL mungkin ada cara utk atasi perkara begini.


Saban tahun di dalam pelbagai jabatan DBKL, kita dapat lihat pelbagai versi ISO - International Standard Operation yg dimiliki. Saban tahun juga, ISO DBKL semakin meningkat naik. Jangan hanya jabatan sahaja bertukar ISO tetapi pekerja juga harus dipertingkatkan ISO mereka.

Sebelum perkara sebegini menular lebih teruk dan parah, adalah lebih baik pihak DBKL 'merawat' nya terlebih dahulu, sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati. Jangan dipandang remeh akan hal ini kerana dek nila setitik nanti rosak susu sebelanga.

Time tu apabila sudah terhantuk baru nak tergadah dah tak guna pasal apabila Pakatan mengambil alih pemerintahan kerajaan Persekutuan, yg berjawatan sekarang ni jangan bermimpi akan terus selesa. Nescaya jawatan tu pun akan ditukar kpd org lain yg boleh mengikut rentak dan telunjuk mereka.



P/s : Ada orang berjawatan dalam DBKL, banyak makan duit kerajaan tapi bersorak menyokong Pakatan. Akan didedahkan kelak.

Post a Comment

4 Comments

  1. di mana tempat ramai kelantan, penuh la penyokong pembangkang... trust me...
    harap dapat tuan blogger bongkar kisah bagaimana warganegara indonesia boleh membeli tanah dikawasan perkampungan melayu dan lambakan peniaga warga asing di sekitar gombak. tq

    ReplyDelete
  2. Betul tu Anon 8:19. Harap tuan blogger boleh dedahkan bagaimana DBKL dan pejabat kerajaan boleh dipenuhi rakyat kelantan.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. adooi kawasan gombak bukan area DBKL broo

    ReplyDelete
  4. Pegawai dbkl nie dianiaya dgn blogger nie..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..