Full Width CSS

Mahasewel Kerjanya Menipu

Di bawah ini merupakan pandangan profesional dari seorang doktor perubatan mengenai kesan luka yg terdapat pada Safwan Anang iaitu mahasewel yg telah nazak dan pulih semula dalam tempoh singkat.


1. Pelbagai versi telah kita dengar, Daripada nazak ke koma, patah tulang pipi ke patah tulang rusuk ke patah gigi geraham. Jika anda tidak hati-hati, anda mungkin boleh percaya.

2. Kita menunggu laporan perubatan yang sahih tentang kecederaan Safwan Anang dan juga Amar Rasyidi yang kononnya dibelasah oleh pihak polis.

3. Facebookers dan bloggers pro-pembangkang telah menyebarkan foto Amar Rasyidi di bawah sebagai 'bukti dibelasah dan dipukul sehingga tenat'.

4. Apabila MiM teliti foto di bawah, terdapat unsur-unsur pembohongan yang cuba diputarbelitkan oleh jentera pro-pembangkang.

5. Bagi orang biasa, mereka mungkin boleh tertipu dengan propaganda tersebut tetapi bukan semua.

6. Sebagai seorang doktor perubatan, MiM ingin terangkan bahawa luka atau laceration yang telah dijahit itu merupakan luka yang lurus dan bersih.

7. Dan hanya satu cara sahaja luka itu dihasilkan iaitu sesuatu yang tajam seperti pisau atau kaca.


8. Dan kita pun tahu bahawa terdapat insiden di mana perusuh telah merempuh pintu kaca klinik yang berhampiran.

9. MiM lebih percaya jika perusuh haram ini tercedera dek gelas yang pecah itu daripada dakwaan 'disepak terajang oleh pihak polis' 

10. Gengaman tangan atau lutut tidak mungkin menghasilkan luka yang lurus dan licin seperti di atas! Ia akan hanya menghasilkan blunt trauma.

11. Selain daripada itu, beberapa portal kaki penipu pro-pembangkang melaporkan kecederaan Safwan Anang yang berlainan versi BACA SINI danberkemungkinan besar menokok tambah cerita untuk menimbulkan rasa marah pembaca.

12. Selain daripada aksi berkerusi roda di Balai Polis Dang Wangi, foto di bawah adalah contoh kecederaan perusuh haram itu yang kononnya dibelasah oleh pihak polis.

13. Yang kelihatan ialah sedikit abrasion di bahagian dalam bibir beliau. Itu sahaja?

14. Secara logiknya, jika anda dibelasah dan diterajang oleh sekumpulan orang, apakah anda akan luka sedikit sahaja di bahagian bibir?

15. Sudah tentu tidak! Anda akan dapat cop lebam hasil daripada tumbukan atau terajang.

16. So, bagaimana boleh luka di dalam bibir sahaja tanpa lebam, abrasion atau laceration di kawasan luar bibir ? Sudah tentu tidak masuk akal.

17. Yang logiknya ialah si perusuh haram itu tergigit bibirnya mungkin semasa terjatuh atau terhantuk.

18. Ditumbuk? Tiada lebam yang signifikan di muka Safwan Anang!

19. MiM tidak dapat melaporkan kecederaan yang lain kerana tiada foto lain. Tetapi lumrahnya, sesiapa pun akan menunjukkan kecederaan yang paling teruk kepada umum untuk mendapat simpati.

20. Maka MiM anggap yang di atas adalah yang 'paling teruk'. Bodohlah jika kedua-dua perusuh haram itu tidak menunjukkan kecederaan tersebut, jika ada.

21.. Dua foto di atas jelas menunjukkan bahawa facebookers dan bloggers pro-pembangkang telah sengaja menokok tambah kecederaan Safwan Anang dan Amar Rasyidi
 semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik pihak polis!





Paparan artikel yang bertajuk ' Kisah Dari Lokap Tanjung Malim : Safwan Anang Yang Nazak' boleh baca dengan capaian berikut  :

http://khalid-ismath.blogspot.com/2012/01/kisah-dari-lokap-tanjung-malim-safwan.html

Jika diteliti artikel yang ditulis oleh pelajar bernama Khalid Ismath pelajar tahun 1 UiTM Shah Alam Jurusan Undang-Undang ini jelas penulis telah membuat fitnah jahat ke atas anggota polis.

Selain memfitnah, artikel ini juga menghasut golongan mahasiswa untuk turun ke jalanraya menumbangkan kerajaan BN dengan apa cara sekalipun.

Saya tidak sangka sama sekali pelajar Jurusan Undang-Undang hanya mampu menulis artikel bertaraf sampah sebegini, malah karangan murid darjah sekolah rendah mungkin lebih bagus daripada artikel ini.

Paling mencuit hati adalah penulis fitnah ini menulis baris ayat berbunyi :
"akibat tekanan yang kuat ke atas dadanya. giginya berterabur. mukanya berlumuran darah"
Dua fitnah besar pelajar ini terhadap PDRM adalah :
  1. PDRM belasah Safwan Anang sehingga giginya berterabur.
  2. Muka Safwan Anang dikatakan berlumuran darah dibelasah PDRM.
Setelah beberapa video telah tersebar, setakat ini sepanjang pemerhatian saya tiada kelihatan wajah Safwan Anang terbaring yang mana wajahnya berlumuran darah. Untuk lebih adil saya paparkan video yang disiarkan oleh kumpulan pelajar 'sewel' :


Yang kelihatan hanyalah kesan darah di bahagian mulut disebabkan kecederaan yang dialami di bahagian dalam bibirnya.

Lihat pula sama ada gigi Safwan Anang masih melekat di gusinya atau pun beliau kini tiada sebatang gigi, maklumlah sudah berterabur bro...

Jelas masih kelihatan gigi Safwan Anang berada di lokasi sepatutnya, secara mata kasarnya gigi tersebut masih dalam keadaan sihat walafiat.

Jadi Khalid Ismath telah melakukan fitnah besar ke atas pasukan PDRM, sewajarnya penulis blog ini disiasat di bawah akta-akta yang sedia ada demi menjaga nama baik PDRM sebagai sebuah badan yang diamanahkan menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

Pihak UiTM pula wajar mengenakan tindakan ke atas pelajar ini kerana melalui tulisan beliau, ianya boleh menjejaskan nama baik UiTM. Kerana setahu saya ini bukan kali pertama pelajar ini menyiarkan artikel berbentuk provokasi melampau.

UiTM tidak memerlukan manusia jenis ini, eloklah sekiranya ibu bapanya tempatkan sahaja beliau di Unisel atau mana-mana IPTS. UiTM tempat untuk anak-anak Melayu belajar tanpa diganggu oleh sebarang pelesit - pelesit pembangkang!





Sumber : Dr MiM & Double Y

Post a Comment

5 Comments

  1. kalau berani berdemo apahal takut gigi bertabur, macam jantan pondan, lebih baik ko gi tonggeng pungkok ko kat abang ko tu, ko sedap, abang ko pun sedap

    ReplyDelete
  2. salam encik rezqeen.. "beliau di Unisel atau mana-mana IPTS" saya tersentak membaca ayat tersebut.. kenapa dengan IPTS? hina kah? hanya utk pelajar bermasalah? selepas membuat masalah di IPTA, dicampaknya anak didik IPTA ke IPTS.. apakah IPTS sarang pelajar bermasalah? lupakah saudara segala masalah mahasiswa politik bermula di mana? universiti yang sepatutnya melahirkan warga guru yang mendidik anak2 muda yang kemungkinana besar bakal masok UiTM.. saya bukan warga IPTS.. tapi statement tersebut sangat bias.. saya tidak pandai bermain kata2 seperti encik dan saya xamik pusing dengan keadaan politik pelajar yang hanya mahukan kuasa.. bak kata seorang blogger, mereka hanya pelajar mempunyai ilmu tapi kebodohan melantun2.. mintak maaf andai komen ni hanya menambah minyak dalam penulisan encik..

    ReplyDelete
  3. Petanda awal kehancuran Bangsa Melayu dgn ujud nya specis jelmaan jenerasi baru saperti anak-anak muda ini untuk mempurak perandakan bangsa nya sendiri. Sejarah Kegemilangan Melayu Melaka akan berulang. Bersediakah kita menghadapi nya walaupun baru 54thn. membina tamadun Melayu Baru?

    ReplyDelete
  4. betul anon 10:15PM,

    budak2 mahasewel ni tak layak masuk U mana2 pun krn lagak mrk bukan spt pelajar2 U yg tahu apa matlamat mrk bila berada di U.

    rata2 pelajar yg masuk U akan menanamkan azam utk mencapai 4flat utk mendapat dean's award serta menukar pinjaman/biasiswa kpd hadiah sekiranya cemerlang.

    pelajar bgini tidak mencampuradukkan pelajaran dgn perkara2 yg tidak meningkatkan cgpa mrk.

    pelajar2 baik begini menjadi sandaran keluarga mrk yg miskin utk mengubah nasib. jika keluarga mrk hanyalah buruh niasa, nelayan, petani, peladang, kuli tokey dsbgnya, setelah mrk berjaya, keluarga mrk tidak perlu lg meneruskan pekerjaan2 tu krn anak2 mrk bakal mengeluarkan mrk dari golongan bawahan menjadi golongan menengah & atasan jika anak2 mrk terus berjaya dlm kerjaya mrk. inilah pelajar U yg kita semua impikan lebih2 lagi kalau anak2 kita sendiri.

    jd budak2 yg sewel yg tak tahu hala tuju ni, berkelakuan mcm ahli politik gilababeng ni TAK LAYAK MASUK MANA2 U PUN DI DUNIA INI. mrk hanya layak jd anjing suruhan pembangkang! eloklah sbb mrk tak ramai mana pun..2,3 orang sj dari UPSI, selebihnya dari unisel, UKM, UM UiTM. jarang2 pelajar bijak campur urusan mahasewel ni. yg terlibat hanya mrk yg memang sgpa rendah, IQ rendah, latarbelakang biasa2 sj...

    sebenarmya pelajar yg biasa2 ni boleh jadi pelajar luarbiasa jika mrk dapat mengatasi kebodohan mrk dgn menjadi pelajar terbaik di U tempat mrk belajar. barulah ada masa depan. jika tidak jadilah mrk pendemo jalanan sampai ke tua....

    ReplyDelete
  5. Anon 10:51,

    bukanlah niat saya memperkecilkan Unisel tp ia sekadar memberi rujukan kpd IPTS yg bakal mendapat lampu HIJAU dari kerajaan negeri utk pelajar² mereka menjadi bakal perusuh dan demontrans.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..