Full Width CSS

Rizalman, Ketua Pemuda WP Antara Penerima Darjah Kebesaran Bintang WP

Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Dato Mokthar merupakan antara 279 penerima darjah kebesaran, bintang sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Istiadat pengurniaan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yg membawa gelaran Datuk kepada beliau disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.

Mengetuai penerima hari ini, pengurniaan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) diberikan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Omar yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Turut menerima gelaran yg sama ialah Yang Dipertua Persatuan bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Dr Abu Hassan Omar.

  • Berikut senarai penerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) membawa gelaran Datuk Seri.
Datuk G Palanivel - Presiden MIC
Datuk Ahmad Kabit - Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Abdul Halim Abdul Samad - Pengerusi KUB Malaysia Berhad
Datuk Michael Chong Ten Soo - Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA
Datuk Mohamed Iqbal Kuppapitchai Rawther - Timbalan Presiden Persatuan Bagi Orang² Buta M'sia

  • Berikut senarai penerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk.
Shaharuddin Abd Latif - Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Berhad
Abdul Jalil Ali - Ketua Pengarang Media Kumpulan Karangkraf 
Dr Khir Mohamad Yusof - Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran 
Dr Lokman Hakim Sulaiman - Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) 
Dr Che Ab Rahim Nik - Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria Sumber Asli dan Alam Sekitar 
K Selvarajah - Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 
Hamidah Khalid - Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 
Nor Shamsiah Mohd Yunus - Timbalan Gabenor Bank Negara 
Mohd Samsuri Mohd Sohot - Pengarah Bahagian Sistem Maklumat dan Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) 
Zulkifli Ibrahim - Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) DBKL 
Hasim Ismail - Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan 
Dr Omar Salim - Ketua Unit Kawal Selia FELDA JPM 
Brig Jeneral Mohd Nizam Jaffar - Juruiring Tentera Darat kepada Yang di-Pertuan Agong,  Senior Asisten Komisioner Mastor Mohd Arif - Juruiring Polis kepada Yang di-Pertuan Agong 
Abdullah Hamid Jaafar - Ketua Eksekutif Putrade Property Management Sdn Bhd
Yvonne Chia - Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank Berhad 
Suleiman Ibrahim - Pengurus Besar Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation 
Dr Yunus Gul Alif Gul - Pakar Bedah Prince Court Medical Centre 
Datuk Muztaza Mohamad - Pengarah Urusan Kumpulan Fairview 
Mohammed Akhiar Ahmad Wazir Affandi - Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sumber Maklumat 
Ahmad Basheer Mohd Hussain - Pengerusi Eksekutif Click Logistics Sdn Bhd 
Micheal See Wai Cheong - Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Westart
Datuk Liu Wan Min - Pengerusi Kumpulan Associated Sdn Bhd 
Rizalman Mokhtar - Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 
Lim Si Pin - Ketua Pemuda Parti GERAKAN 
Aini Safar - Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labuan, 
Koo Chin Nam @ Ko Chin Nam - Pengerusi MCA Bahagian Putrajaya 
R Malaiapan - Pengerusi MIC Cawangan Setiawangsa
M Sambantahn - Presiden Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) 
Abdul Wahith Sharfuddin - Bendahari Agung Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) 
Chin Leng Sim @ Marina Chin - Bekas atlit olahraga negara 
Zakaria Salleh - Presiden Persatuan Khidmat Bersatu 
George Joseph - Presiden Persatuan Penduduk Bangsar Baru 
 Nik Ali Mat Yunus - Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

Seramai 30 individu lain termasuk Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd, Abdul Jalil Hamid menerima bintang Johan Mahkota Wilayah (JMW), 50 orang lagi termasuk Penolong Pengarang Berita TV3, Hazran Mohamed menerima bintang Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 74 orang termasuk Pengarang Berita, Berita Harian, Rasid Rahaman; Ketua Meja Utusan Kota, Utusan Malaysia, Ismail Daud dan Wartawan Bernama di Labuan, Jailani Hasan menerima bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 84 lagi menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). 

Post a Comment

0 Comments