Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu
wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear
automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali
hingga melanggar semua kenderaan terbabit.
Seorang saksi kejadian,
Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan
keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai
motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo
milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.
“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.
“Kali ke enam dia maju ke
depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia
sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya
bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.
Menurut Mohd Noraimee yang
merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga
buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan
BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.
Seorang lagi saksi, Sarah
Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu
berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar
dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.
Sarah berkata, dia bingung
sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang
kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.
Melihat kejadian itu,
Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum
sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.
“Saya panik tengok mak cik
tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk
alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil
berlari ke kereta.
“Waktu saya alihkan kereta
saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.
Adik kepada pemilik kedai
Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa
menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.
Sementara itu, ketika
mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak
berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Lelaki berkenaan tidak
percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan
sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.
Orang ramai yang turut
berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya
menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.
Ulasan :
Mungkin dia tekanan ataupun
mengalami masalah pada gear box hehe.
2 Comments
ganas ni
ReplyDeleteotai bro
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..