Hari ini, saya terdengar dan terbaca berita mengenai pihak berkuasa Indonesia akan menghantar amah² mereka ke Malaysia mulai bulan depan, April (tak tau la secara haram ataupun tidak).
Dalam berita tersebut juga turut dinyatakan bahawa seorang amah atau pembantu rumah atau bibik hanya akan membuat satu kerja sahaja. Contohnya,
Jika majikan ambil bibik daripada agensi untuk tujuan mengemas rumah. Maka si bibik ni hanya boleh mengemas rumah saja. Selain daripada tu seperti menjaga bayi, memasak, jaga orang tua dan melakukan perkara² lain tidak boleh.
Kemudian, paras gaji minima sebanyak RM700.
Ulasan saya, memang TERBAIK. Indonesia membekalkan bibik² bertaraf WORLD lah sangatttt~
Hal ini bagi keseluruhan rakyat Malaysia, amatlah tidak munasabah dan merugikan majikan sahaja. Kebimbangan saya dan seluruh majikan di Malaysia ini bukan saja terhadap isu pengkelasan kerja tertentu dan paras gaji sahaja bahkan meliputi tempoh jangka masa amah tersebut berkhidmat.
Di Kuala Lumpur saja, sudah berapa puluh mungkin ratusan kes bibik melarikan diri daripada rumah majikan. Jika ditolak bilangan bibik yang melarikan diri kerana diseksa, didera dan dijadikan hamba mungkin angka tersebut masih tidak mempengaruhi jumlah ratusan kes yang berlaku hampir setiap hari ini.
Saya memberi contoh yang mudah untuk perhatian semua pihak terutama pihak berkuasa dalam permasalahan yang dialami majikan hari ini.
1- Jumlah bayaran mendapatkan bibik sekurang²nya RM3,000 - RM7,000 termasuk dengan urusan pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.
2- Buat kerja tak sampai 3 - 4 jam (jumlah harian),
3- Seminggu, sehari cuti.
4- Gaji RM700 sebulan
5- Agak² tak suka dengan majikan, lari rumah.
Perkara begini mungkin berulang² terjadi kepada majikan yang sama 2 - 3 kali.
Kebanyakan undang² mengambil bibik ni, agensi akan tawarkan tempoh selama 6 - 12 bulan jaminan / warranty. Jika majikan tidak gemar ataupun si bibik mempunyai masalah, maka si majikan boleh memohon ditukarkan bibik yang baru ataupun dikembalikan wang tersebut.
Perkara yang membimbangkan adalah trend sekarang ini. Kadang² tempoh khidmat tidak sampai setahun, si bibik sudah melarikan diri daripada majikan. Dan ada juga kes, bibik berkhidmat 6 bulan kemudian lari.
Saya percaya bibik² ini mempunyai rangkaian sindiket melalui perhubungan telefon bimbit antara agensi dan rakan²nya yang lain. Di mana mereka (agensi) ini akan menelefon bibik² tersebut dan meminta mereka lari ataupun keluar dari rumah tanpa pengetahuan majikan dengan tawaran bayaran yang lebih lumayan katanya.
Dalam keadaan begini, si mangsa adalah majikan dan si bertambah kaya merupakan agensi tersebut lah. Sudah tentu si bibik yang sama akan digunapakai untuk tugasan di rumah dan majikan yang lain. Ini merupakan strategi dan perkara yang dilakukan secara terang²an oleh agensi dan bibik tersebut.
Pihak berkuasa, wajiblah memantau perkara sebegini daripada terus berlaku dan berleluasa.
Namun kepada majikan seluruh Malaysia, anda masih lagi mempunyai banyak saluran dan pilihan bibik dari negara lain, seperti,
Thailand, Kemboja, Filipina, Sri Lanka, India, Vietnam dan Laos. Negara² ini telah diisytihar oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
p/s: kalo dpt maid mcm Maid In Manhattan pun terbaik tu hehe
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..