Full Width CSS

Denda Ibu Bapa Cuai Jaga Anak

Semenjak kes kematian adik Dirang mendapat perhatian umum, pelbagai spekulasi didengar dan tidak ketinggalan juga pelbagai pendapat dan cadangan diutarakan bagi membantu menyelesaikan permasalahan ini. Isu adik Dirang, penjaganya cuai.

Selepas itu, timbul pula berita kehilangan anak selebriti terkenal Rozita Che Wan. Yang hilang adalah anak lelakinya. 2 hari selepas itu (tak pasti) anak lelaki tersebut telah dijumpai selamat di rumah ibu angkatnya. Puncanya merajuk dengan ibunya.

Terkini, hal adik Noor Fatihah berusia 15 tahun yang didakwa dilarikan @ diculik semasa hendak membeli topap henpon bersama adik-adiknya. Jarak rumah dan kedai tersebut kurang lebih 100 meter. Dan semalam 20 Mac 2012, berita penemuan adik Fatihah di rumah keluarga teman lelakinya telah merungkaikan persoalan mengapa perkara begitu boleh terjadi. Puncanya rimas duduk rumah.

TANGGUNGJAWAB

Daripada kedua-dua kes di atas semuanya berkisarkan satu isu yang sama iaitu anak keras kepala dan keluarga terABAI tanggungjawab.

Perkara sebegini pernah terjadi dalam keluarga saya tetapi tidaklah sampai melibatkan pihak Polis. Langkah yang diambil oleh keluarga saya ialah dengan membenarkan saya melempang sekali muka anak kepada kakak saya itu.

Sebagai bapa sedara, sudah tentu saya dan keluarga begitu risau akan perkara begini. Tapi tujuan di'hadiah'kan penampar tersebut sebagai tanda geram kerana menyusahkan ahli keluarga dan keduanya sebagai tanda amaran kepadanya agar tidak sesekali mengulangi lagi.

Tujuan topik ini sangat mudah untuk saya sampaikan kepada para pembaca dan pihak berkuasa iaitu MENYUSAHKAN BANYAK PIHAK.

Kebiasaannya apabila berlaku kejadian seumpama (hilang) ini, keluarga atau waris terdekat akan membuat laporan Polis selepas 24jam confirm kehilangan anggota keluarga. Rasanya pihak Polis pun setuju jika dilaporkan selepas 24jam berlaku.

Apa yang saya ingin sampaikan ini ialah Polis terpaksa menerima dan melayan kes-kes seperti yang saya katakan di atas tadi (merajuk dan rimas tinggal di rumah). Ini tentu sekali menyusahkan dan membebankan pihak berkuasa.

Memang semua kes yang dilaporkan kepada Polis diambil serius tetapi kadang-kadang hasilnya, si 'mangsa' yang dikatakan hilang sebenarnya hanya menyembunyikan diri. Tetapi sebagai Polis, banyak perkara perlu dititikberatkan. Memang ya jika pihak Polis lambat bertindak, sebarang kemungkinan boleh terjadi.

CADANGAN

Jika 2 kejadian seperti di atas terjadi lagi (ditemui selamat, hilang kurang seminggu dari tarikh hilang dan memberi alasan seperti di atas) maka pihak Polis boleh mengambil tindakan mendenda sekurang-kurangnya RM500 kepada keluarga si mangsa kerana cuai sehingga menyebabkan anak tersebut mengghaibkan diri.

Dan anak yang dilaporkan hilang tersebut perlulah diberi kaunseling, diberi pengajaran oleh pihak Kementerian Wanita & Keluarga. Pemantauan dari semasa ke semasa perlu kepada anak-anakyang bermasalah ni.

Perkara ini perlu dilaksanakan agar perkara sebegini tidak lagi terjadi pada masa hadapan.

Bagaimanapun, ini sekadar cadangan sahaja. Terpulang kepada mana-mana pihak untuk menilainya.


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Post a Comment

2 Comments

  1. Setuju der. Anak buah aku yg 2 org tu aku dah bagi dah blkg tangan. Apa taknya?...dia dah kuang hajau dgn mak dia@kakak aku,dua dua mkn blkg tangan aku. Budak2 zaman skrg ni jgn bg can. Ada had dia yg diorg boleh keras kepala.
    Tp lps tu aku pujuk balik. Budak2 ni kena psyco sll. Kena bgtau apasal leh dpt hukuman. Langsung aku bg pantun 2 kerat; Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali.

    ReplyDelete
  2. Hehe aku suke pantun 2 kerat ko tu hehe.. Tp setakat ni cara bg penampor ni je berkesan berbanding bg lecture.. ;D

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..