Full Width CSS

Jentera Pemuda Bandar Tun Razak Sudah Sedia!!~ @rizalmanmokhtar @LokmanAdam @umbkl

GEMPUR !!

Alhamdulillah, selepas Pelancaran Jentera UMNO Wilayah Persekutuan tempoh hari di Stadium Titiwangsa oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Rujuk sini sekitar majlis pelancaran tersebut.

Semangat anak muda Kuala Lumpur khususnya dari Parlimen Bandar Tun Razak semakin membuak².

Datuk Rizalman

Ucapan Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak & Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar yang mengingatkan kepada jentera Pemuda UMNO supaya mempersiapkan diri menghadapi sebarang bentuk ancaman kepada parti dan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum akan datang.

Pemimpin muda ini juga mengingatkan kepada keseluruhan jentera bahawa aspek disiplin & kesetiaan kepada parti merupakan perkara asas dan terpenting bagi setiap perjuangan terutama dalam perjuangan merampas semula Parlimen yang baru kali pertama tewas.


Saudara Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam turut memberi ucapan semangat kepada jentera mengenai kepentingan BN untuk mengambil semula Parlimen Bandar Tun Razak daripada dibiarkan saja tanpa pembelaan Ahli Parlimen sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim



Ucapan bersemangat dari wakil jentera Pemuda UMNO Bandar Tun Razak menguatkan dan menaikkan semangat peserta² yang terlibat pada program Kursus Jentera Pilihanraya Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.


Jentera Pemuda UMNO Bandar Tun Razak sudah bersiap sedia. Bagaimana dengan anda?

Jom jadi kawan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.
Facebook - Pemuda Bandar Tun Razak


GEMPUR 124 = Tawan Semula Parlimen 124 Bandar Tun Razak

Post a Comment

3 Comments

  1. Aku pun org BTR... Dah lama dah tinggak sana. Kat Flat Labuan..
    Sekarang nie tinggal kat Kajang. Tapi still ngundi kat BTR lagi. Ada apa apa hal email la gua.... Gua bleh joint skali....email gua
    badrulyahya@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. Anon 4:46

    Insyallah bro, saya akan inform sebarang aktiviti di Bandar Tun Razak

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..