Full Width CSS

Menjelang 2020, Pendapatan Per Kapita Negara Meningkat


Pendapatan per kapita Malaysia dijangka meningkat sepertiga menjelang 2020, hasil daripada pertumbuhan kukuh, demikian menurut Laporan Gambaran Ekonomi suku tahun Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW).

Bagaimanapun, laporan itu mendapati bahawa pertumbuhan penduduk yang tinggi di Malaysia berkemungkinan menghalang pertumbuhan pendapatan per kapita pada kadar yang lebih tinggi.
Dalam satu kenyataan hari ini, ICAEW berkata kadar per kapita keluaran dalam negara kasar (KDNK) di seluruh rantau ini dijangka meningkat dalam dasawarsa ini.


"Jurang taraf hidup dalam kalangan negara-negara ASEAN berkemungkinan semakin luas, dengan perbezaan per kapita KDNK tahunan antara warga Singapura dengan purata warga ASEAN meningkat daripada hampir AS$42,000 kepada hampir AS$54,000,” katanya.

Ia berkata, berbeza dengan zon euro, AS dan Jepun, negara-negara ASEAN mempunyai nisbah hutang/KDNK yang agak rendah serta prospek stabil atau merosot pada umumnya, dengan nisbah hutang Malaysia pada 55 peratus dan dijangka meningkat sedikit.

Pengarah ICAEW Rantau Asia Tenggara, Mark Billington berkata, pasaran terjejas oleh permintaan yang rendah dari Barat, manakala keadaan tidak menentu dalam zon euro masih memeningkan bagi ekonomi dunia.

Beliau berkata, perniagaan Malaysia perlu memastikan mereka mengambil iktibar daripada kelembapan sebelum ini dan memberikan tumpuan kepada pengurusan kewangan yang baik di samping mencari peluang-peluang baharu dalam pasaran-pasaran lain. 


Ulasan : 

Jika negara tidak diambil alih oleh Pakatan Haram jadah

Post a Comment

1 Comments

  1. Sokong anda..Jika PR memerintah alamat tak maju2 la negara Malaysia.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..