Pendapatan per kapita Malaysia dijangka meningkat
sepertiga menjelang 2020, hasil daripada pertumbuhan kukuh, demikian menurut
Laporan Gambaran Ekonomi suku tahun Institut Akauntan Bertauliah di England dan
Wales (ICAEW).
Bagaimanapun, laporan itu mendapati bahawa pertumbuhan penduduk yang
tinggi di Malaysia berkemungkinan menghalang pertumbuhan pendapatan per kapita
pada kadar yang lebih tinggi.
Dalam satu kenyataan hari ini, ICAEW berkata kadar per kapita keluaran
dalam negara kasar (KDNK) di seluruh rantau ini dijangka meningkat dalam
dasawarsa ini.
"Jurang taraf hidup dalam kalangan negara-negara ASEAN berkemungkinan
semakin luas, dengan perbezaan per kapita KDNK tahunan antara warga Singapura
dengan purata warga ASEAN meningkat daripada hampir AS$42,000 kepada hampir
AS$54,000,” katanya.
Ia berkata, berbeza dengan zon euro, AS dan Jepun, negara-negara ASEAN
mempunyai nisbah hutang/KDNK yang agak rendah serta prospek stabil atau merosot
pada umumnya, dengan nisbah hutang Malaysia pada 55 peratus dan dijangka
meningkat sedikit.
Pengarah ICAEW Rantau Asia Tenggara, Mark Billington berkata, pasaran
terjejas oleh permintaan yang rendah dari Barat, manakala keadaan tidak menentu
dalam zon euro masih memeningkan bagi ekonomi dunia.
Beliau berkata, perniagaan Malaysia perlu memastikan mereka mengambil
iktibar daripada kelembapan sebelum ini dan memberikan tumpuan kepada
pengurusan kewangan yang baik di samping mencari peluang-peluang baharu dalam
pasaran-pasaran lain.
Ulasan :
Jika negara tidak diambil alih oleh Pakatan Haram jadah
1 Comments
Sokong anda..Jika PR memerintah alamat tak maju2 la negara Malaysia.
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..