Full Width CSS

Najib Mohon Maaf, Khalid Tak Mahu Maafkan



Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf di atas kesilapan Umno BN yang lalu disifatkan sebagai "drama".

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Najib dilihat memohon maaf kepada rakyat untuk meraih simpati dan mendapatkan semula undi pada pilihan raya umum ke 13.


"Tiada maaf bagimu...tidak...ini bukan drama sehari...jadi bagus jugalah keinsafan itu. Dalam Islam keinsafan itu penting. Tapi dalam Islam juga kalau kita nak bertaubat bukan hanya bercakap sahaja. Pada saya tak jadi masalah langsung (minta maaf) tapi ini bukan dilihat dalam masa nak berpolitik sahaja. Ini cara hidup dan sifat kelakuan kita. Saya tengok walaupun (Najib) minta maaf tapi maaf berlapik. Itu yang tak boleh," kata beliau dalam wawancara khas di pejabatnya di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini hari ini.

Baca sini pula artikel Dato Seri Najib mohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Ulasan :

Saya respect dan salute Perdana Menteri kerana sangat humble apabila memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Yes, tiada siapa yang perfect di dalam dunia ini. Disebabkan itu, wajib bagi kita selaku pemimpin mengemukakan permohonan maaf kepada rakyat yang mungkin terasa hati dengan segala kekurangan yang terdapat dalam pentadbiran kerajaan.


Tetapi sikap Khalid Gagap yang terlalu angkuh tidak mahu memaafkan DS Najib sangatlah keterlaluan. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat inikan pula seorang manusia yg mempunyai jawatan di dunia selaku Menteri Besar Selangor? Huh.. Khalid oh Khalid

Khalid harus ingat, dia wajib memohon kemaafan daripada rakyat yang teraniaya dan terabai di bawah pentadbirannya di Selangor dan juga di Parlimen Bandar Tun Razak. Mengapa pula? Lihat 30 dosa kerajaan negeri Selangor dan gambar di bawah.

1- Kerajaan Negeri membazir wang rakyat apabila membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation bernilai RM392 juta menggunakan duit rakyat.

2- Kerajaan Negeri gagal mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corporation seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar dalam sidang DUN.

3- Kerajaan Negeri membatalkan pembinaan UiTM Selangor di Serendah Hulu Selangor.

4- Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan YBK di Hulu Selangor.

5- Kerajaan Negeri menutup institusi latihan kemahiran untuk bumiputra Institut Kemahiran Yayasan Selangor IKYS

6- Kerajaan Negeri menyita, mendenda dan menyewa tanah untuk projek terusan dan kolam takungan padi di Tanjung Karang.

7- Kerajaan Negeri gagal mentadbir Universiti Selangor UNISEL dengan baik sehingga mengalami kerugian besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru amat ketara.

8- Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membelanjakan RM 800 ribu untuk sambutan hari jadi Yayasan Selangor.

9- Kerajaan Negeri gagal menguruskan perlombongan pasir yang mengakibatkan hasil pasir tidak seperti yang dijanjikan iaitu RM150 juta.

10- Kerajaan Negeri menipu DYMM Sultan Selangor dan rakyat apabila gagal mengutip hasil pasir sebanyak RM150 seperti yang dijanjikan MB Selangor.

11- Kerajaan gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd KSSB dengan cermat dengan memberi bonus dengan jumlah yang tidak munasabah.

12- Kerajaan Negeri gagal mengurus Institusi Pejabat Menteri Besar sehingga terdapat intipan litar kamera tertutup di dalam bilik Menteri Besar.

13- Kerajaan Negeri gagal mengurus kontrak bekalan kerajaan tempatan dengan baik sehingga berlaku penggunaan surat sokongan oleh Ahli Majlis, Pengerusi JKK Kampung Baru untuk mendapatkan projek.

14- Kerajaan Negeri menyeleweng apabila Exco dari Pandamaran tidak diambil tindakan walaupun dia menyalah gunakan kepala surat dan cop rasmi untuk melobi projek.

15- Kerajaan Negeri gagal mentadbir PKNS dengan baik sehingga mengadaikan hartanah PKNS kepada REIT.

16- PKNS telah berbelanja boros untuk perpindahan ke pejabat baru yang dilihat tidak munasabah.

17- PKNS telah membazir wang rakyat dengan membiayai kos perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebutkan di dalam sidang DUN sebanyak RM 520 ribu.

18- Kerajaan Negeri gagal memantau PKNS yang telah membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM 935 ribu kepada seorang konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan.

19- Kerajaan Negeri gagal mengurus air Selangor dengan baik sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari Pahang yang boleh mengakibatkan Selangor akan mengalami krisis air menjelang 2014

20- Kerajaan Negeri menipu rakyat dengan membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM50 Biliion tetapi sehingga sekarang masih belum dilaksanakan.

21- Kerajaan Negeri melalaui EXCO dari Pandamaran menghalang penguatkuasaan MBSA untuk menyekat jualan arak di S.Alam.

22- Kerajaan Negeri membiarkan masjid dijadikan gelanggang politik

23- Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM330,367.96 untuk kos rawatan YB Cheah Wing Yin di Pusat Perubatan Subang akibat kemalangan.

24- Kerajaan Negeri gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan apabila terdapat 4000 premis hibutan, spa, pusat urut dan judi berbanding 700 sebelum ini

25- Kerajaan Negeri menyalahgunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar untuk mengutip dana parti sewaktu sambutan 100 hari pentadbiran kerajaan negeri.

26- Kerajaan Negeri engkar dengan titah DYMM Sultan Selangor dalam isu perlantikan SUK Kerajaan Negeri.

27- Kerajaan Negeri gagal mengawal kewangan Yayasan Selangor sehingga kerugian hampir RM8 juta selepas 2 tahun memerintah berbanding sebelum itu YS mempuyai wang tunai sebanyak RM80 juta.

28- Kerajaan Negeri gagal menjaga sentimen agama apabila mempertikaikan tindakan JAIS menyerbu DUMC yang dikesan cuba memurtadkan orang Islam di Selangor.

29- Kerajaan Negeri gagal mengawal tingkah laku Adun-Adun bukan Islam sehingga mereka mencemarkan tempat solat di surau dan masjid di Selangor.

30- Kerajaan Negeri gagal untuk mengotakan janji dalam manifesto ketika PRU 12 yang lepas


Adakah 30 dosa dilakukan tersebut tidak perlu memohon maaf? 

Khalid sendiri memohon agar dirinya dilantik sebagai wakil rakyat DUN Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak tetapi adakah Khalid berjaya menjalankan tanggungjawab tersebut?

Lihat sini, apa kata 2 orang pemimpin di Bandar Tun Razak dan
klik sini, apa kata penduduk Bandar Tun Razak pula.

Khalid Ibrahim ternyata telah gagal sama sekali menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat. Sudahlah gagal menjalankan amanah tetapi dia masih tetap mengambil elaun sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.

Berkat ker rezeki tu?

Tepuk pipi tanya sakit tak~

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..