Full Width CSS

Pakatan Umum Tarik Diri Di Ulu Langat

Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, masih belum lagi mengumumkan bila tarikh Pilihanraya Umum (PRU) 13. PM hanya sekadar memberikan 'hint' ataupun isyarat bahawa PRU kian hampir.

Banyak parti sudah mula menyiapsiagakan jentera pilihanraya masing-masing termasuklah daripada Barisan Nasional (BN) sendiri.

Namun menariknya, belum pun tarikh PRU diumumkan PM. Kerajaan Pakatan Selangor sudah menyerah kalah lebih awal kepada BN di Ulu Langat.

Mengapa?

Kerana kerajaan Selangor sejak dari awal berlakunya kejadian banjir dasyat di Ulu Langat, langsung tidak ambil tahu dan turun padang.

Menurut beberapa penduduk kawasan yang ditimpa musibah itu, hanya UMNO, Majlis Belia, NGO dan BN yang dilihatnya mundar mandir di kawasan tersebut sambil membawa bantuan kepada mangsa.

Kelibat wakil-wakil kerajaan negeri Selangor, haram mahu kelihatan.

Banyak penduduk yang kesal dengan kejadian ini dan mereka sangat berterima kasih kepada pihak-pihak yang ikhlas membantu.

Menurut laporan semalam, jalan hubungan antara kawasan yang dinaiki air dengan kawasan lain telah terputus. Ini menyukarkan penduduk setempat keluar membeli barangan harian.

Masyarakat di luar yang sudi dan ikhlas membantu, bolehlah berbuat demikian dengan menghantar sendiri bantuan ke khemah yang disediakan.

Bagi yang tidak berkesempatan tetapi ingin menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan sila berbuat demikian dengan menghubungi Sekretariat MBM di talian 03-9173 2761 atau talian faks 03-9173 2759 atau emel mbm@belia.org.my atau cek di atas nama MAJLIS BELIA MALAYSIA No: Akaun 0140 2040 6995 Maybank.


Tolong Menolong Amalan Bersama

Post a Comment

2 Comments

  1. Nak sedapkan hati sendiri ke?mb selangor dtg ke sg serai 8 mac,pg kena banjir tu.ada nampk btg najib @ khir toyo??sy org sg serai sy tau la.bodoh.org umno mundr mndir tnjuk muka je.bntuan haram

    ReplyDelete
  2. Aku dgr DBKL pun hantar team tolong mangsa Ulu Langat. Walaupun bkn di Wilayah Persekutuan, walaupun negeri bawah pembangkang, demi rakyat, Kerajaan tetap akan bantu!

    NURUL IZZAH KENA BALUN DENGAN RAJA NONG CHIK SEBAB HINA KAKITANGAN AWAM. Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..