Tuesday, March 27, 2012

Penyampaian Komputer Riba 1 Malaysia @NajibRazak @rizalmanmokhtar @umbkl @Khalid_Ibrahim


Petang tadi telah diadakan Majlis Penyampaian Komputer Riba 1 Malaysia kepada pelajar² sekolah seluruh Parlimen 124 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Majlis diadakan di Kompleks Sukan, Bandar Tun Razak.


Komputer riba tersebut telah disampaikan oleh Yang Berbahagia, Datuk Rizalman Dato Mokhtar, Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak dan Wilayah Persekutuan dan beberapa kepimpinan negeri yang turut hadir menjayakan program ini.


Seramai 820 orang pelajar dipilih berdasarkan rekod pencapaian pelajaran di sekolah dan juga terdiri daripada anak² keluarga yang kurang berkemampuan.

Ini merupakan salah satu lagi inisiatif dan penghargaan yang disampaikan oleh kerajaan kepada rakyat. Semua golongan tetap dipandang kerajaan.




Tahniah Barisan Nasional terus berbakti demi kesejahteraan anak bangsa dan negara tercinta.

BN Bagus~

Sumber gambar : Mazlan Wahab & Simon Sim Btr

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...