Full Width CSS

Perang Blogger vs Blogger vs Blogger


Saya masih lagi tak paham kenapa masih ada segelintir blogger yang masih berpuak² sedangkan hala tuju perjuangannya tetap sama iaitu memberikan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional.


Tetapi akhir² ini, saya sering diceritakan tentang keburukan blogger itu, blogger ini. Dalam masa yang sama juga, terdapat blogger yang memburukkan kredibiliti saya di hadapan blogger² lain hehe.

Bagi saya, itu hal mereka masing². Lantak mereka lah nak tunggang terbalik cerita atau hidup cara macamne sekali pun. Yang penting, keutamaan haruslah diberikan kepada parti.


Ada pula blogger yang cuba meletakkan standard antara blogger umno berbayar dan blogger tidak berbayar. Bagi saya, itu bukan isu yang penting. Cuma setiap perkara yang kita lakukan sebagai blogger, perlulah ikhlas kerana Allah S.W.T. dan harus yakini, rezeki Allah ada di mana².

Kepada blogger yang cuba mencucuk saya dan blogger lain supaya membenci satu sama lain, hentikanlah. Saya takda masa nak layan benda² remeh gini. Baik saya fokus pada permasalahan yang dihadapi kerajaan hari ini untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah.

Saya merupakan blogger berbayar dan saya takda isu mahu bermasam muka antara blogger² yang lain. Bagi saya, semua blogger mempunyai kelebihan tersendiri.

Saya mohon maaf andai artikel saya ingin melukakan hati blogger² yang lain =)


Blogger Bagus
BN Bertambah Bagus!



P/s: selagi Perasaan Hasad Dengki (PHD) ada dalam jiwa orang Melayu, selagi tu bangsa kita takkan ke mana²


Post a Comment

7 Comments

  1. salam, ckp jerlah hang dengki plus jeles dengan papa gomo n parpukari yang pakai keta mewah ke hulu dan ke hilir..hang apa ader? posting pun tak menarik weh...hahahaha....hang mang kaki jeles punyer org..perjuangan konon...mintak lah kat gomo n parpukari byk tur dapat.

    ReplyDelete
  2. bro,
    dlm perjuangan ni ada 2 type of manusia.

    1- berjuang ikhlas kerana Allah
    2- berjuang sbb nak kaut untung, dlm erti kata lain ialah berjuang utk dptkan kemewahan.

    antara kedua² perkara di atas, ko pilihlah mana satu diri ko ;)

    ReplyDelete
  3. adeeeeeeeh....semput la plaaaaak.... :P

    ReplyDelete
  4. jadi berpuak-puak sebab wujudnya perkasa dan jati. tak tau nak cakap macam mana lagi tentang orang melayu ni. tun mahathir ambil masa 22 tahun untuk mengubah cara melayu berfikir, tetapi tun abdullah ambil masa satu penggal untuk hancurkannya. jadi, salah siapa andai melayu berpecah?

    ReplyDelete
  5. Saya sokong anda yang tak memihak pada sesiapa. Jangan termakan hasutan orang yang cuba melaga-lagakan. Jangan jadi pak turut. Satu serang, semua macam pak pak lang. Yang jadi batu api pun ada.
    Saya juga juga minat pada tulisan Pewaris wasiat. Info yang menarik.

    ReplyDelete
  6. blogger sokong umno memang perangai macam orang umngokkk

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..