Full Width CSS

Program Syok Sendiri ABUtohh

Mula-mula pi dengar ceramah ABUtohh malam tadi, rasa nak tergelak tapi tiba-tiba plak rasa macam kesian plak.

Manakan tidak, yang menyahut pekikan pemimpin bongok di atas pentas itu adalah penonton yang sering mengikuti ke mana saja roadshow tersebut pergi.

Kata Chegubard, sambutan ABUtohh kali ni lebih 'hangat' dari penduduk sekitar, itu katanya. Sedangkan menurut pemerhatian, banyak juga orang-orang luar kawasan yang turut sama datang nak dengar fitnah dari kepimpinan haprak ABUtohh.

Pada dasarnya, malam tadi sambutan ABUtohh biasa-biasa saja. Ada penonton yang ditemui berkata, isu yang dibangkitkan hanyalah isu recycle dan pernah beberapa kali dibangkitkan pemimpin yang lain.

Ada seorang penceramah yang tak pernah dikenali berkata, UMNO telah gagal menjaga kepentingan dan juga mengabaikan nasib bangsa Melayu.

Hehehe aduhaiiii.

Apa dorang ni bodoh ker malas nak berfikir. Yang korang dok kutuk-kutuk UMNO tu siapa? Bukan ker parti 'perkauman' ini yang memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu? Parti itu jugalah yang banyak membantu orang Melayu untuk terus berdaya saing. Kerana UMNO jugalah lahir beberapa pemimpin dalam Pakatan, dan dalam masa yang sama UMNO jugalah yang sering ke hadapan apabila nasib bangsa sendiri diabaikan orang lain.

Contoh terdekat dan terbaru di Ampang. Banjir yang melanda kawasan tersebut, ada ker tidak wakil rakyat Mak Lampir ataupun mana-mana wakil parti Pakatan datang menghulurkan bantuan serta merta?

Tidak ada.

Dalam tugas-tugas 'misi' khas ni memang UMNO sangat trampil. Kerana rakyat kian sedar dengan keikhlasan UMNO yang berkhidmat tanpa mengira perbezaan pendapat, agama, bangsa dan parti.

Tapi bagi Pakatan, mereka juga juara dan antara yang terawal RETWEET saja semula ucapan takziah dan simpati tu. Memang kerja wakil rakyat Pakatan kan. Slogan Demi Rakyat yang dikobar-kobarkan dulu tu, mana menghilang? Takkan simpan semula kot dalam stor di Pejabat SUK Negeri Selangor? Hehe..

Semakin lama program ABUtohh diteruskan, semakin besarlah mata dan minda rakyat akan terus terbuka dengan sikap hina Pakatan yang lebih gemar menabur cacian, fitnah dan cercaan berbanding menyahut tangan rakyat yang dahagakan 'kasih sayang' dari wakil rakyat mereka.

Rakyat semakin bijak menilai dan akan terus memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan untuk terus menerajui Malaysia.

Post a Comment

2 Comments

  1. Yob...

    ABUtooh bagus jugak konotasi tu...Teman mintak izin nak pinjam istilah ni.

    Anwar Berahim Underclass = ABU
    Anwar Berahim Underwear =ABU

    ReplyDelete
  2. Biarkan si luncai terjun dgn labu2nya.. Biarkan.. Biarkan...

    NURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING? Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..