Full Width CSS

Sampai Bila Culik & Hilang Akan Selesai?

Sekarang ni seakan trend ataupun sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia kehilangan anak.

Saban minggu, kita akan mendengar, membaca dan melihat artikel ataupun pengumuman kehilangan anak yang disangka diculik oleh pihak tertentu.

Saya kerap menerima BBM dan sms daripada ramai kenalan yang memohon dipanjangkan pengumuman pencarian anak hilang.

Kemudian tidak sampai seminggu, anak tersebut telah dijumpai di rumah ibu saudara, ibu angkat, kawan dan di mana saja. Sebab musabab kehilangan : merajuk dan ingin kebebasan.

Tapi sampai bila rasanya, masyarakat Malaysia akan terus dihantui permasalahan ini?

Masyarakat tidak melihat kes-kes sebegini sebagai kesalahan dan kesilapan ibu bapa tetapi mereka melihat dari sudut keselamatan sejagat. Yakni kelemahan menjaga keselamatan yang terletak kepada Polis.

Tak pasal-pasal pulak. Disebabkan kealpaan keluarga sendiri, Polis dipersalahkan kerana lemah menangkis kes-kes penculikan yang acap kali berlaku kini. Tanggapan ini salah.

Seharusnya soal keselamatan sejagat ini tidak boleh diletakkan atas bahu Polis sahaja. Semua pihak harus dan wajib memainkan peranan bersama membanteras permasalahan ini.

Ibu, bapa dan penjaga adalah orang yang harus dipersalahkan. Seperti dalam cadangan saya sebelum ini;

Mana-mana ibu bapa yang menjumpai semula anak mereka dalam masa seminggu seperti yang dilaporkan hilang kepada Polis. Perlu dikenakan denda kecuaian menjaga anak. Denda minimum RM500 sebagai pengajaran.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga boleh diberikan peranan memberi khidmat kaunseling dan nasihat kepada anak-anak bermasalah ini.

Sudah pastinya, saya dan masyarakat di luar sana tidak mahu perkara sebegini terus mengganggu fikiran rakyat Malaysia.

Biar ibu, bapa dan keluarga terasa susah. Asalkan tidak menyusahkan orang lain.

Post a Comment

0 Comments