Full Width CSS

Tengok A.B.U Berdosa !


A.B.U - Asalkan Bukan UMNO

Apa hebatnya ungkapan ABU yang dimainkan pembangkang ni?

Saya tidak menganggap ABU ini sebagai pergerakan yang hebat ataupun pergerakan yang bakal memberi apa² pulangan yang baik kepada Pakatan Rakyat. Ia sekadar pergerakan memupuk dan memaksa rakyat membenci UMNO.

Mengapa?

Kerana istilah ABU itu sendiri membawa satu perasaan membenci kepada sesuatu ataupun sesebuah organisasi. Cuba kita dalami pengertian Asalkan Bukan UMNO / Anything But UMNO yang membawa maksud begini, anda cakaplah, buatlah apa saja asalkan bukan kepada ataupun daripada UMNO.

Kenapa?

Sebab Pakatan cuba memberi persepsi buruk dan apa saja yang bersangkut paut kepada perkara negatif di dalam negara ini adalah disebabkan kecuaian dan kesilapan UMNO. Itu perkara asas yang mereka cuba tanam dalam setiap diri masyarakat Malaysia.

Perkara² positif yang ada disebabkan UMNO, tidak pula diiktiraf dan dihargai sebagai kejayaan bersama umat Islam.

Tanpa sedar sebenarnya mereka telah mewujudkan satu budaya saling benci membenci antara satu sama lain.

Abu Hurairah r.a. telah berkata ia, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Janganlah saling berhasad dengki, dan janganlah kamu berjual-beli dengan penipuan, dan janganlah kamu saling benci-membenci, dan janganlah kamu saling belakang-membelakangi, dan janganlah setengah daripada kamu menjual di atas jualan setengah yang lain, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain, janganlah ia menzaliminya, dan janganlah ia menganiayainya (tidak memberikan pertolongan), dan janganlah ia menghinakannya. Takwa itu di sini,”

dan Baginda mengisyaratkan ke dadanya sebanyak tiga kali (lalu menyambung sabdanya):

“Daripada keburukan seseorang itu adalah ia menghina saudaranya Muslim. Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

So adakah sabda Rasulullah ini tiada kena mengena dengan amalan Pakatan hari ini?


ABU hanyalah satu platform untuk Pakatan menghantar 'mesej' kepada rakyat agar membenci & memboikot UMNO. Sedangkan UMNO tidak mempunyai apa² reason untuk membenci Pakatan ataupun golongan Rakyat. 

Rakyat hari ini bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Dan..

Adakah salah jika saya katakan, pergi melihat dan mendengar ceramah ABU sebenarnya berdosa kerana diketahui ucapan² itu nanti akan dipenuhi dengan cercaan dan cacian kepada orang lain?

Baik BENCI Yahudi daripada benci UMNO.

Post a Comment

1 Comments

  1. Mereka dah terlalu terdesak. Demo BESHIT, demo adam adli, demo lynas dan lain2 adalah salah 1 cara utk menjerat kerajaan agar kerajaan melalui polis dpt dilihat sbg zalim.

    Kini, ceramah ABU digunapakai utk memberi nyawa 'ceramah isu semasa' mereka (atau lebih layak disebut 'ceramah maki hamun') yg kian kehabisan modal.

    Alhamdulillah, melihat contoh rakan2 yg dulunya menyokong PR kini dah semakin meninggalkan gabungan parti2 munafik tu.

    ABU = Allah Bersama Umno.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..