Monday, April 23, 2012

Alahai, Apo Laie Nak Dikato?


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Dang Wangi telah mengeluarkan surat kepada penganjur Bersih 3.0 bahawa tiada kebenaran akan diberikan kepada mereka untuk berhimpun pada tarikh 28 April 2012 ini di Dataran Merdeka.

Itu surat yang dikeluarkan oleh DBKL dan PDRM. Persoalannya...

Apakah kesan lanjutan daripada kedegilan penganjur untuk terus mengadakan perhimpunan Bershit 3.0 itu nanti? Adakah PDRM boleh beri penjelasan atau strateginya tetap sama seperti Bersih 2.0?

Waima apa cara sekalipun yang PDRM mahu lakukan, saya tetap menyokong tindakan tersebut. Tetapi ia perlu diperjelaskan kepada umum bahawa apakah bentuk juga tindakan, hukuman dan kesan yang bakal dikenakan kepada peserta perhimpunan itu nanti.

PDRM perlu jelaskan perkara ini kerana nanti dikhuatiri ia akan menjadi isu yang berpanjangan seperti Bershit 2.0 yang lepas. Di mana PDRM dituduh sengaja melepaskan bom asap ke dalam kawasan Hospital di Pudu.

Bukannya apa, nanti mudah bagi kami para blogger pendokong kerajaan menjawab segala pertuduhan jahat Pembangkang terhadap Penjawat Awam.


Twitter : @REZQEENHILL
Bbm : 23C29857
Emel : reezqeenos@gmail.com 

1 comment:

  1. Suruh pengerusi bersama si samad said tu bersihkan muka dia dulu. Hehehehe....

    Btw, knp pengerusi BERSAMA ek?
    Hmmm... pandai betul ambiga gula2kan melayu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...