Friday, April 6, 2012

Cabang Ampang Sekadar Mengalih Tumpuan Ramai Terhadap Anwar Ibrahim



Pastinya semalam, ramai yang membaca akhbar Utusan Malaysia yang terpapar di muka hadapannya gambar Ketua Penerangan PKR Ampang bersama ahli jawatankuasa bahagian.

Mereka mendesak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya beberapa hari kebelakangan ini.

Antara kandungan desakan tersebut adalah :
1. Azmin perlu tampil menjawab tuduhan jijik yang dilemparkan kepadanya secara berani dan ikhlas.
2. Ambil tindakan kepada mereka yang membuat tuduhan.
3. Saham yang dibeli isterinya, Shamsidar yang bernilai RM2 juta antara tahun 1992 - 1994.
4. Azmin perlu nafikan beliau, isteri dan iparnya memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an.
5. Azmin mesti nafikan tuduhan yang dibuat pengarang buku 'Tuhan, Politik dan Seks' - Syed Hussin Al-Attas.
6. Tentukan kesahihan nasab biologi salah seorang ahli keluarganya.



Desakan ini tercetus selepas pertanyaan mereka kepada Ketua Cabang Ampang, Zuraida Mak Lampir dijawab dengan memberi amaran agar tidak mencampuri urusan pimpinan atasan parti.

Disebabkan sayang kepada parti, mereka terpaksa melakukan perkara ini agar Pakatan tidak akan kalah teruk pada PRU nanti (mcm tau2 je bakal kalah teruk hehe).

Andai Azmin gagal menjawab tuduhan ini, beliau diberi jalan pilihan untuk meninggalkan parti.


Ulasan :

Saya masih musykil dengan gesaan yang diungkitkan mereka ini. Pendapat saya mengatakan bahawa desakan ini sekadar untuk menutup isu semasa yang sedang melanda parti PKR.

Bukankah Anwar sepatutnya menjawab segala pertuduhan Nallakaruppan berkenaan isu moral dan salah lakunya? Mengapa Ketua Penerangan PkR Ampang ini tidak mendesak Anwar Ibrahim terlebih dahulu menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan kepada Anwar sejak dari dulu lagi.

Anwar telah gagal menjawab ataupun membuktikan dirinya bukan si pelaku di dalam video lucah bersama China Doll dan juga Anwar masih gagal menjelaskan hubungan akrabnya dengan Israel.

Anwar tidak mempertahankan dirinya sebaliknya bertanyakan semula persoalan kepada wartawan setiap kali diaju soalan mengenai isu itu.

Lihat video di bawah.



Begitu juga dengan desakan dari ramai pihak mengenai skandal² projek yang berlaku di negeri Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Haram.


Mengapa tiada desakan ditimbulkan oleh Cabang PKR Ampang terhadap Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim? Sedangkan perkara ini juga memerlukan penjelasan secara rasmi dari pihak yang diajukan persoalan.

Kesimpulannya, saya percaya desakan dari Cabang PKR Ampang ini merupakan sandiwara dan lakonan mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada Ketua Pembangkang agar segala tohmahan yang dilemparkan sebelum ini, didiamkan begitu saja.

Pakatan Haram dedahkan isu NFC, lembu² tu. Adakah pemimpin UMNO berdiam dan menyembunyikan diri?



UMNO bersih tapi Pakatan haram memang tak pernah BERSIH !!~


Posting akan datang, keterbukaan UMNO menangani isu dalaman parti.

5 comments:

  1. Salam RH.

    Saya setuju dengan pendapat tuan.

    ReplyDelete
  2. Permainan politik Pakatan Haprak...

    NURUL IZZAH MENGAKU DIA TIDAK LAYAK JADI AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. bro saya sudah link bloq ini di pecah palak mikir tapi bro minta maaf saya gagal mengesan kehadiran bloq saya di bloq bro. mungkin keslipan teknikal harap beri perhatian terima kasih

    ReplyDelete
  4. Saya pun ada terpikir juga begitu...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...