Full Width CSS

Jelajah Penipuan @khalid_ibrahim Singgah Di Bandar Tun Razak

Gila gempak Jelajah Road To Bersih 3 suku telah sampai ke Bandar Tun Razak iaitu kawasan Parlimen Tan Sri Khalid Gagap.

Jelajah pembohongan bersiri ini diadakan bertujuan untuk menaburkan dan mengingati semula fitnah-fitnah lama yang dibawa pembangkang, dalam erti kata lain isu-isu basi. Takda modal dah dorang ni.

Antara yang ada pada malam ini, Khalid Gagap, Hishamudin Rais, Chegubard dan Mahasewel mental Adam Adli.

Melalui tinjauan bersahaja yang saya perhatikan mendapati, kira-kira 250 hingga 300 orang saja yang hadir. Angka tersebut mewakili para peniaga, Polis, penceramah, pemerhati bebas dan beberapa orang Mahasewel yang 'lari' dari Dataran Merdeka selepas digegar oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang tadi.

Isu yang dicanang kali ini iaitu pembohongan isu cincin RM24 juta milik Datin Seri Rosmah Mansor dan juga isu lembu, National Feedlot Corporation (NFC) milik Dato Seri Shahrizat Abd Jalil katanya. Kedua-dua isu ini sudah dianggap 'selesai' (basi)oleh rakyat sebenarnya.

Tahniah kepada Khalid Gagap kerana berjaya menimbulkan diri dan membawa isu nasional ke dalam kawasan Parlimennya sendiri tanpa sedikit pun menyentuh isu serta permasalahan rakyat setempat yang mengundinya.

Memang best betol ada Ahli Parlimen begini. Timbul di kawasan Parlimen jika ada ceramah-ceramah nak kutuk dan fitnah kerajaan. Tetapi GAGAL muncul jika rakyat mengadu dan menghadapi masalah. Yang muncul hanyalah kerani pejabat Ahli Parlimen je. Itupun selepas didesak beberapa kali tapi pengakhirannya tiada langsung tindakan susulan.

• gambar takda pasal saya dikenali dan diawasi penyokong tempatan.

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Post a Comment

0 Comments