Monday, April 30, 2012

Pos Malaysia Ada Kena Mengena Dengan Bersih 3.0?


Persoalan ini saya ingin timbulkan kepada Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Dato' Khalid Abdol Rahman.

Mengapakah pada pagi (10am ++) terdapat lebih 100 buah motorsikal posmen berarak di atas jalan raya (Jln Tun Tan Cheng Lock) berhadapan Central Market ketika Perhimpunan Bersih 3.0 sedang bermula?

Di bawah ini saya lampirkan video² yang menunjukkan kehadiran konvoi motorsikal Pos Malaysia beserta sebuah pacuan empat roda milik Pos Malaysia.







Saya tertanya² pada ketika itu, adakah Pos Malaysia mempunyai Hari Sambutan Pos Malaysia ataupun mempunyai upacara keraian yang membabitkan motorsikal² posmen milik Pos Malaysia. Adakah Pos Malaysia tidak mengetahui pada tarikh tersebut bakal berlangsungnya Perhimpunan Haram Bersih?

Apa yang saya musykilkan adalah, motorsikal² tersebut membunyikan hon dan si penunggang pula mengangkat tangan kepada sebilangan peserta demontrasi haram Bersih ketika melalui kawasan dilaluinya.

Adakah konvoi Pos Malaysia ini ingin menunjukkan sokongan kepada Perhimpunan Bersih 3.0 atau adakah Pos Malaysia mempunyai agenda tersembunyi di sebalik semua ini?

POS MALAYSIA WAJIB JAWAB !!

3 comments:

  1. posmen keja tak hari sabtu??

    kalau keja...maknanya diorang keluar cepat2 dari HQ untuk edar surat...sebelum tersangkut dalam puak2 baju kuning tu..nanti servis kat rakyat pun tergendala.

    Tahniah pos malaysia, bekerja untuk rakyat lagi mulia dari berdemo tak tentu hala.

    ReplyDelete
  2. Haha jawablah Pos Malaysia, sial barang aku selalu tak sampai!!!!

    ReplyDelete
  3. kalau lu jadi tauke pos msia apakah lu nak suruh posmen cuti bagi lima sebab dkt gua

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...