Tuesday, April 10, 2012

Tutup Padang Di Selangor, Padang Bandar Tun Razak Jadi Mangsa @khalidibrahim

Kerakusan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memang tiada tandingan berbanding dengan negeri² lain di bawah pemerintahan Pakatan Jahanam.


Pelbagai kemungkaran dan ketidakadilan terjadi kini di negeri Selangor khususnya. Habis semua padang² bola sepak yang dimiliki kerajaan negeri telah dirancang untuk dibangunkan. Kata kerajaan negeri, pembangunan ini memberi manfaat berguna kepada rakyat setempat.

Apa yang bergunanya pada rakyat setempat wahai Khalid Ibrahim oi !! Ini semua retorik bertujuan mengaut keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial kerajaan negeri kepada rakyat.


Baca di sini, sini, sini dan sini.

Itulah situasi yang melanda di negeri Selangor. Tapi dek kerana terlalu banyak padang bola sepak ditutup di negeri Selangor, kini Khalid Ibrahim buat hal sekali lagi di Bandar Tun Razak, KL iaitu kawasan Parlimennya sendiri.

Menurut pemerhatian dan sumber rujukan saya mendapati, Khalid Ibrahim telah menyewa 3 buah padang di sekitar Bandar Tun Razak iaitu Padang Bola BP, Padang Bola Sri Johor dan Padang Bola Sri Melaka bertujuan mengadakan perlawanan bola sepak Liga Selangor.

Padang Bola BP

Apa ni Khalid Ibrahim? Nak adakan perlawanan bola sepak setiap minggu Liga Bola Sepak Selangor di dalam kawasan Kuala Lumpur.

What the hell !!

Apa negeri yang KAYA tu tak boleh sewa stadium² sekitar negeri Selangor ker? Stadium Shah Alam ada, stadium PKNS ada, stadium Uitm, Shah Alam ada.

Kalo nak guna padang bola ini untuk seminggu dua mungkin bolehlah tapi jika digunakan selama berbulan², siapa yang tak hangat hati?

Padang Sri Johor yang kerap digunakan untuk aktiviti bersama rakyat

Habis kat mana agak²nya anak muda dan rakyat di Bandar Tun Razak boleh bereakrasi dan berkumpul selain di Tasik Permaisuri? Yang ada pun padang² kecil dan padat dengan anak² kecil yang baru mula berjalan dan bermain².

Sebagai penduduk Bandar Tun Razak, saya amat kesal dengan keadaan begini. Ahli Parlimen cuba membataskan aktiviti anak² tempatan dan lebih mengutamakan anak muda dari negeri yang jauh lebih besar dari Parlimen ini.

Kepada Khalid Ibrahim, jangan sesekali cuba menSELANGORkan parlimen Bandar Tun Razak !!

Sekadar perkongsian bersama, ketiga² padang ini mempunyai kualiti yang agak baik dan agak besar berbanding padang² yang lain. Tapi menurut sumber, ia telah disewa daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan tersebut.


Di sini saya ingin bertanyakan kepada pihak DBKL, adakah dakwaan saya ini benar ataupun tidak benar? DBKL wajib beri kepastian dan juga menjawab pertanyaan saya ini.

Untuk info pada Pilihanraya Umum 12 (PRU), 2008 yang lalu, Khalid Ibrahim telah diiktiraf oleh pengundi sebagai Wakil Rakyat @ Ahli Parlimen 124, Bandar Tun Razak. Itu kejayaan pertama Pembangkang di kawasan kuat Barisan Nasional yang sebelum ini tidak pernah tewas.

Tapi semenjak daripada itu, boleh dikira berapa kali Khalid Ibrahim turun ke kawasan Parlimen ini. Kira guna jari tangan masih ada lagi balance.

Wajib tukar undi semula kepada Barisan Nasional.


4 comments:

  1. anda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
    laman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
    berharap anda jangan keberatan

    ReplyDelete
  2. Bro, blog kau memang panas asik hentam DBKL.. Hari tu kelam kabut DBKL kau hentam pasal bil rumah.. Teruskan bro, aku support.

    ReplyDelete
  3. Utamakan org KL. Khalid, pi cari padang kat Selangor utk aktiviti org Selangor!! Lain kali, padang kat Selangor, jgn semua nak kaut buat untung!!

    PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI UCAP TERIMA KASIH KEPADA NURUL IZZAH!! Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Lepas ini mungkin Khalid nak buke kilang babi di Bdr Tun Rzk

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...