Full Width CSS

Apa Kejadahnya Nak Buat Hiway Minta Duit Rakyat


Apa perlu nya lebuhraya yang menghubungkan Kota Bahru - Kuala Krai jika rakyat terpaksa menjadi korban kerajaan negeri?

Saya sendiri tidak nampak di mana kewajaran kerajaan negeri meminta rakyat berkorban, berwakaf dan bergolok gadai untuk mendapatkan kemudahan lebuhraya tersebut.

Apa ni Nik Aziz, main² ker?
Adakah lebuhraya ini untuk memperlihatkan kerajaan negeri berjaya membangunkan negeri Kelantan secara keseluruhannya? Atau lebuhraya ini sekadar untuk mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan PAS Kelantan berjaya membangunkan projek mega yang menelan kos berbillion² ringgit?

Tak dinafikan dengan kewujudan lebuhraya seperti ini dapat memendekkan waktu perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain selain dapat menjana ekonomi yang baik untuk penduduk setempat.

Tapi jika rakyat terpaksa melakukan pengorbanan daripada segi wang ringgit, tanah pusaka, tanah kebun dan pelbagainya, itu sudah kelihatan umpama kerajaan cuba memiliki hasil titik peluh rakyat sendiri atau dalam bahasa mudahnya merompak duit rakyat secara terang²an.

Di mana letaknya pula tanggungjawab kerajaan negeri selaku pemerintah di Kelantan selama lebih 20 tahun? Masih tidak cukup pengalaman lagi kah kerajaan negeri menguruskan setiap tanah jajahan negeri Kelantan atau sebenarnya kerajaan negeri Kelantan tamak?

Tahun 2012 bukanlah seperti kondisi negara semasa zaman perang dan sebelum merdeka. Di mana rakyat terpaksa berkorban jiwa raga, harta benda dan bergolok gadai membantu Tunku Abdul Rahman dan rombongan ke London untuk mendapatkan kemerdekaan.

Zaman sekarang ini merupakan zaman serba maju dan canggih. Kerajaan negeri Kelantan seharusnya bijak menguruskan tadbir negeri sendiri dengan lebih baik dan berjaya. Bukankah kerajaan PAS Kelantan mempunyai sumber yang besar melalui pembalakan haram yang dikerjakan oleh Husam Musa. Di mana perginya segala hasil² cukai pembalakan? Di mana perginya hasil² cukai pendapatan?


Aduhaiii~
Contoh yang boleh dianggap penyelewengan bodoh daripada kerajaan negeri Kelantan yang tak bijak langsung ialah perjanjian (MoU) menantu Nik Aziz yang ingin membangunkan Bazaar Tok Guru di atas tapak berkeluasan 5.9 ekar. Namun hanya 1.5 ekar saja digunakan untuk Bazaar tersebut.


MoU ditandatangi di antara pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan 2 persatuan peniaga dan penjaja sekitar Kota Bharu. Kandungan MoU tersebut menyatakan bahawa projek Bazaar Tok Guru tidak berorientasikan keuntungan (bodoh 1). Kerana ia lebih kepada hasrat murni Nik Aziz melihat para penjaja dari arked UDA dan peniaga pasar lama MPKB mendapat tempat baru yang selesa untuk berniaga.

Namun kebodohan 2 mulai timbul apabila baki tanah seluas 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd yakni syarikat yang membangunkan Bazaar Tok Guru.

Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian tersebut hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazaar Tok Guru sahaja. Itupun selepas PMBK membayar semula sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang si menantu a.k.a hantu Nik Aziz pinjam bagi pihak PMBK dari pemaju (Sensa Timur Sdn Bhd). Akhirnya PMBK dan kerajaan negeri tidak menerima apa² keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama satu abad.

Apabila ditanya mana keuntungan daripada pembukaan Bazaar Tok Guru tersebut, si menantu pun menjawab bahawa syarikat pemaju, Sensa Timur Sdn Bhd telah bersetuju untuk menderma sebuah sekolah Tok Guru berhampiran rumah Nik Aziz, Pulau Melaka. Menariknya lagi, sekolah tersebut diuruskan anak² lelaki Nik Aziz.

Mungkin disebabkan kebodohan menantu Nik Aziz inilah tercetusnya idea kerajaan negeri meminta sedekah rakyat untuk membangunkan lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai secara percuma.

Fikir²kanlah.
Kalo kerajaan BN yang memerintah Kelantan, Insyallah negeri ini akan lebih maju dan berdaya saing dengan negeri² sekitarnya.



Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com 

Post a Comment

15 Comments

  1. hati2. nnt bila dh tukar pas ke bn kat kelantan. lbhraya yg dikatakan akan dibina oleh pas tp tak dismbg oleh bn. puak diorang akan spin semula. kata duit dh serah. berbiliion2 utk buat lbhraya. tp bn rompak semua. harap lepas pru13 jika diizinkan Allah bn memerintah. dptkan terus dokumen2 perjanjian bina lwbuhraya. nnt kena spin nyYa je.

    ReplyDelete
  2. betol tu bro, nik aziz dah buat byk pembaziran tp nak cover dgn duit rakyat pula

    ReplyDelete
  3. cakap je boleh la... dokumen satu ape pun tak pernah ditandatangani. Cuba tunjuk bukti mane dia kontrak bina lebuhraya tu?? Sape yang dapat??? Almenantunya yang hantu tu ke???

    ReplyDelete
  4. minta, bkn paksa... sape yg nk sedekah itulah yg terbaik. hiway lain kat m'sia ni bkn mintak tp paksa spy rakyat byr tol. mane lebih baik?

    ReplyDelete
  5. Lebih baik buat jalan ber Toll ...cuma yang pakai saja yang bayar ... ini macam nak merompak rakyat saja.. kalau ada yang bagi derma ni memang la bodoh macam lembu...

    ReplyDelete
  6. Duit aku buat lebuhrayaMay 29, 2012 at 9:46 PM

    Salam,

    Habis yg PLUS,NKVE,MRR2 dan bagai lagi tu pakai duit sape? Duit kumpul dari zaman kanak kanak?

    ReplyDelete
  7. Kalu nak mintak derma dan wakaf, baik tak payah ada kerajaan negeri beb... org kampung boleh memandai2 buat sendiri...aku wakaf tanah aku, ko wakaf tanah ko, pok nike wakaf tanah pok nike,,bla..bla..bla.. tak cukup lagi mintak derma...tp masa pilihanraya jgn lupa pangkah pas pulak...apa jadahnya mcm tu?...apa guna pemimpin?..sibuk berceramah?..

    ReplyDelete
  8. kita ni dahla dosa banyak.apa salahnya kalau nak beli saham akhirat yang boleh dibuat bekalan di akhirat nanti.cumanya kalau ada sumbangan @ wakaf dapatlah jimat sikit duit kerajaan yang telah dipotong peruntukannya dari pusat.janganlah cakap guna emosi.tapi cakaplah dengan akal yang dipandu oleh syarak.sebab nama pun sumbangan ikhlas.kalau xikhlas xpyh derma.senang je konsepnya.biasala manusia sentiasa dibisikkan sesuatu ke dalam hatinya agar sangka buruk.wallahu a'lam.semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua......

    ReplyDelete
  9. high way tol free???abes aa..pintu opis aku ni ari2 skolah pondok free,madrasah free dtg bwk tin melo..derma ikhlas..tp resit spuloh hengget..nnt dpt hihg way free lg besaw le tin melo diorang bwak nnt..resit derma ikhlas mau rm100 hengget..adusss...baik aku derma kat sdare mare aku yg susah..

    ReplyDelete
  10. HIGHWAY FLUS=FREE LEBUHRAYA UNTUK SEMUA...KAH ..KAH..KAH...TOL FREE,MAKAN FREE,MINYAK FREE,BINI FREE,BUDU FREE,SPEEDLIMIT FREE...KAH ..KAH...KAH...LINGKUP2...

    ReplyDelete
  11. Harap2x minyak sepanjang lebuhraya kelak tue pun di beri Free oleh kerajaan kelantan...jgn lupa plak bagi makanan free di setiap r&r di lebuhraya kelak nanti...di taja oleh kerajaan kelantan!

    ReplyDelete
  12. Sedekah amba mitak tu bukan nak buat lebuhraya tapi demo Silat dengar amba nak buat belanja pilihanraya

    ReplyDelete
  13. Nak tunggu kutip 1.8 billion sampai 100 tahun lagi pun x siap lebuhraya tu.

    HOT! BUKTI NURUL IZZAH SENGAJA CETUS KEKACAUAN DI PANTAI PERMAI! Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. Apa hal pencacai org nak buat hiway tadak toll pun marah, kalau kedekut sangat takyah la derma.

    ReplyDelete
  15. "sumbangan rakyat jelata sebagai wakaf amat dialu-alukan"..
    maaf la kalau aku bertanya, korang ni b*doh ke tak paham bahasa? sumbangan 'dialu-alukan', bukan paksaan! ko taknank derma, taknak saham akhirat taknak buat amal jariah diam je la, sape paksa ko bagi duit? yang berkemampuan dan ingin merderma sebagai "WAKAF" amat DIALU-ALUKAN..yang ikhlas yang ada lebihan dan nak bagi, takde tak perlu, bukan paksaan..
    ko cakap baik bayar tol, sape nak guna bayar tak guna tak payah bayar? skang ko bandingkan konsep derma WAKAF nie, sape guna tak payah bayar sape tak guna pun tak payah bayar, yang NAK BAYAR,YANG IKHLAS, YANG NAK BERAMAL JARIAH MEWAKAFKAN HARTA untuk kemudahan awam pun tak perlu bayar, cuma bagi derma kalo hanya 'nak bagi' je, TIADA PAKSAAN..bayar tol nak guna terpaksa bayar paham tak?? b*do punya orang..kawe ore kelate tok kesah pun boh, tak dop pun kerajae kawe mari mitak mari pakso suh bayar pom

    @org johor, wajib ke ko wakaf tanah ko? ko orang johor tak perlu pun tanah ko kat johor tu, tapi kalo ko nak wakafkan harta ko untuk kemudahan orang awam Kelantan dengan hati yg suci dan ikhlas silakan dan AMAT DIALU-ALUKAN, taknak pun takpe, takde PAKSAAN

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..