Thursday, May 10, 2012

Di Mana Nak Cari RM20,000?



Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen hari ini.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz adalah satu daripada usaha kerajaan untuk melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.

Ia bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Fasal 4 rang undang-undang itu menjelaskan hak untuk menganjur atau menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata tidak terpakai kepada bukan warganegara, perhimpunan yang diadakan di tempat-tempat larangan dan dalam jarak 50 meter daripada had tempat-tempat larangan. Ia juga tidak terpakai bagi bantahan jalanan.

Fasal itu juga menetapkan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.

Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000. - Dipetik daripada Harian Metro


Sudahlah langgar undang-undang, siap bawa kanak-kanak kecil lagi. Memang sah mereka ini semua manusia dayus yang sanggup memperjudikan keselamatan darah daging sendiri bagi menyelamatkan diri daripada dikenakan tindakan atas jenayah yang dilakukan.

Nabi kata anak-anak itu umpama kain putih. Kalau ibu bapanya mencorakkannya sebagai penjenayah jalanan, maka itulah arah tuju masa depannya kelak. Apakah ini kualiti anak bangsa yang mahu kita lahirkan?!!

Bukti yang jelas nyata semakin berlambak dipersembahkan. Jadi, agak-agaknya bila lagi mereka ini semua hendak didakwa dan dikenakan denda?!!

Sumber : MyMassa

2 comments:

  1. Kes2 yang straight forward nie (Pelanggaran undang2 yang dah jelas) pun mengambil masa untuk diadili...ke!Dragg...draaaggingg..

    ReplyDelete
  2. Kerajaan wajib amik tindakkan kepada ibu-bapa kanak2 terbabit agar jadi pengajaran supaya tidak menginiayai kanak-kanak kerana kebodohan ibu-bapa.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...