Tuesday, May 8, 2012

Penyokong Anwar Makin Tertekan



Penyokong tegar Anwar semakin tertekan apabila terdapat sebuah kumpulan yang dinamakan TIBAI - Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim sudah mula bergerak ke seluruh negara dalam siri jelajah TIBAI.

Sudah tentu rata-rata penyokong tegar Anwar Ibrahim pasti tidak rela idola mereka dimalukan dan didedahkan segala pembohongan serta penipuan atau dalam bahasa mudahnya ditelanjangkan di hadapan khalayak ramai.

Alhamdulillah, ahli kumpulan TIBAI yang merupakan bekas-bekas pejuang Anwar suatu tika dahulu telah kembali kepada kebenaran. Hidayah Allah telah sampai kepada mereka lebih awal daripada terus bersekongkol bersama Anwar Israel.

Kini tugas mereka ini adalah menyampaikan dan berkongsi mengenai diri Anwar Ibrahim dengan seluruh rakyat Malaysia umumnya.

Disebabkan ketakutan dan rasa cuak yang melampau-lampau oleh penyokong tegar Anwar Israel. Maka segala bentuk banner pemberitahuan ceramah umum TIBAI di Kg. Malaysia Tambahan, Sg. Besi telah disabotaj.

Menurut seorang sahabat di sana, beliau baru memasang banner tersebut lewat tengah malam tadi. Bagaimanapun pada pagi ni, beliau mendapati hampir semua banner yang dinaikkan telah disabotaj dan kebanyakkannya rosak, tidak boleh digunakan langsung.


Saya tidak berhasrat memanjangkan perihal ini tetapi sebagai pembaca dan pemerhati yang bijak tentunya kalian dapat memahami apakah maksud di sebalik sabotaj ini. Mereka sendiri tidak sanggup melihat rakyat atas pagar terutamanya terus dibekalkan dengan segala realiti kisah sebenar Anwar Ibrahim.

Kepada semua pembaca yang berada berhampiran atau sekitar Kg. Malaysia Tambahan, dijemput untuk menghadiri program ini beramai-ramai.

Ceramah bermula pada jam 830 malam pada 9 Mei 2012 (rabu). Semua ini hanya untuk satu dan satu tidak untuk semua, tolak individu bernama Anwar Ibrahim.



Post Guna BlackBerry® Je

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...