Mohd Yusof Zainal Abiden merupakan lawyer kes perbicaraan yang paling lama dan lambat dalam sejarah Malaysia iaitu isu liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful. Si lawyer ni telah menjadi pendakwaraya bagi kes tersebut.
Wahhhh hebat tup tup hari ini, dalam masa terdekat dah boleh jadi LAWYER Anwar pula? Aduhaiiiii~
Mungkin bagi mereka yang mengikuti perbicaraan Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, nama Mohd Yusof tentu akan diingati memandangkan dia adalah pendakwaraya dalam kes tersebut. Kes itu bagaimanapun dimenangi oleh Anwar Ibrahim dengan kaedah teknikal dan bukannya fakta.
Kini orang sama menjadi pembela Anwar Ibrahim pula. Alasannya dia tengah FREE walaupun alasan sebenarnya ialah dia ditawarkan yuran perkhidmatan yang mungkin sangat lumayan sehingga gagal untuk menolaknya.
Dalam hal ini, harus diakui bahawa Anwar Ibrahim memang bijak merangka strategi untuk membersihkan namanya. Mengupah peguam yang mendakwanya sebelum itu dan kemudian menimbulkan persepsi bahawa selama ini dia teraniaya dan dizalimi, merupakan motif utama. Anwar telah menggunakan kaedah yang sama terhadap Karpal Singh dalam kes liwat yang sama.
Pada tahun 1997, Karpal Singh adalah orang pertama yang menuduh Anwar meliwat bekas pemandu peribadi isterinya. Karpal kemudiannya menjadi peguam kepada Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda. Namun dari tahun 2008 sehingga 2012, Karpal membela perlakuan liwat Anwar.
Sebenarnya tiada apa yang hendak dihairankan dengan situasi ini, terutama apabila ianya melibatkan PEGUAM.
Almaklumlah... Sebut sahaja PEGUAM, maka akan terlekatlah dalam minda kita... KEADILAN ADALAH BERDASARKAN JUMLAH WANG YANG DIBAYAR!!! Lagi banyak wang dibayar, lagi bersungguh-sungguhlah pembelaan dibuat!
Tahniahlah kepada bekas Peguamcara Negara II kerana dia telah membuktikan, PEGUAM TIADA MARUAH kerana yang ada pada mereka hanyalah PEMBAYARAN BESAR!
Duit boleh mengubah seseorang itu menjadi luar tabie.
Sumber - TFK
Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com
3 Comments
Salam..rasa..si peguam nie pun kaum2 tu jagak gamaknya..kaum pintu belakang..!!haha..hah
ReplyDeletekantoi bodoh
ReplyDeletepeguam mcm nie IMAN dye xkuat...x tkot balasan allah. xbersikap ADIL...neraka jahanam owg mcm nie.
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..