Full Width CSS

Bantu Sedaya Upaya Selagi Mampu #bn4wp



Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) merupakan badan NGO yang bernaung di bawah sayap Pemuda UMNO Malaysia telah mengambil pelbagai langkah inisiatif membantu golongan yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia umumnya.



Namun kawasan tumpuan minggu SHEB di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur. Di sini, SHEB membantu pelbagai golongan khususnya gelandangan yang tidak mempunyai rumah untuk diberikan pemeriksaan kesihatan percuma, dan di juga diberikan makanan secara percuma.



Program yang tak pernah gagal ini telah memasuki minggu ke 120 sejak ia mula dilancarkan pada awal tahun 2010. Menerusi slogan 'Kami Memahami' dan 'Rakyat Diutamakan', SHEB telah membantu lebih 200,000 orang semenjak tahun dilancarkan.

Antara khidmat SHEB lakukan,

- Memberi makanan dan minuman secara percuma kepada golongan gelandanngan setiap hari Selasa tanpa gagal sebanyak 150 - 200 paket.



- Memberi khidmat pemeriksaan percuma kepada lebih 9,500 golongan yang kurang bernasib baik seperti orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan golongan kurang kemampuan.

- SHEB juga telah membantu lebih 2,700 golongan gelandangan dengan menghantar  pulang ke pangkuan keluarga masing-masing atas sebab-sebab tertentu.



- Hampir 4,500 orang telah dibantu untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerjasama badan-badan kerajaan.

- Disamping itu juga, seramai 5,920 oramng telah berjaya didaftarkan sebagai Pemilih (pengundi berdaftar).

- Menjelang musim perayaan, sebanyak 2,000 paket kurma,bubur lambuk dan juadah berbuka puasa diagihkan kepada golongan yang memerlukan.



Tahniah diucapkan kepada SHEB menerusi Pengerusi nya, YM Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang telah berjaya memecah belenggu rakyat yang kurang bernasib baik di sekitar bandaraya Kuala Lumpur ini. Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan lagi, bukan saja daripada SHEB sendiri namun daripada semua pihak yang bertanggungjawab.


#bn4wp


Twitter : @REZQEENHILL 
BBM : 23C29857 
Email : reezqeenos@gmail.com

Post a Comment

1 Comments

  1. saya dah linkkan blog anda di blog saya..

    diharap anda pun berbuat begitu..
    terima kasih

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..