Nak sebut pun takut la ni. Pasal bukan mudah untuk kita mengisytiharkan sesebuah parti itu sebagai parti Syaitan hahaha.
Terdapat ayat yang menyebut tentang ciri-ciri Parti Syaitan atau hizbussyaitan. Tujuannya adalah untuk Allah membuat perbandingan agar umat Islam dapat membezakannya serta membuat pilihan dengan tepat antara Parti Allah (Parti Islam) ataupun Parti Syaitan.
Firman Allah yang bermaksud,
"..mereka menjadikan agama (memperalatkan agama) untuk tujuan memecah-belahkan dan berklik-klik sehinga menjadi beberapa pecahan (parti-parti). Masing-masing parti pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka.." - Ayat 53, Surah Al-Mukminum.
Selanjutnya Allah berfirman, maksudnya..
"Syaitan telah menguasai mereka, lalu Syaitan menjadikan mereka itu lupa kepada Allah. Lalu mereka tergolong ke dalam golongan parti Syaitan (hizbussyaitan). Ketahuilah, sesungguhnya Parti Syaitan itu parti yang rugi.." - Ayat 19, Surah Al-Mujadalah.
Ayat-ayat di atas memperjelaskan tentang ciri-ciri parti syaitan seperti berikut..
1- Pemimpin dan anggotanya memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat.
2- Bersikap sombong dan berbangga dengan parti masing-masing (sehingga menganggap parti mereka sahaja yang dijamin Syurga, parti lain jahiliah dan ahli neraka.
3- Lupa kepada Allah. Yakni apabila ingin menyelesaikan masalah umat, mereka merujuk kepada teori politik sehingga sanggup bekerjasama dengan parti bukan Islam. Menolak kesepakatan dengan sesama Islam.
Demi kerana untuk meraih undi, PAS sanggup bekerjasama dengan parti-parti yang tidak Islamik seperti DAP dan PKR. Yang secara jelas dasar dan perlembangaan parti mereka tidak berlandaskan Islam. DAP menyokong PAS, sekadar mengambil kesempatan di sebalik isu-isu tertentu yang tidak berlandas dan bersemangat Islam.
Sekiranya Pakatan Jahanam menang, mereka akan cuba menghapuskan secara sedikit demi sedikit dasar-
dasar kerajaan yang menjurus kepada bangsa Melayu dan Islam. Di akhir kisah ini, Islam akan dilayan sama rata di dalam negara ini. Tiada lagi istilah Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden dan maju.
Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com
5 Comments
Tahniah TH kerana berani menyatakan apa yang terdetik dalam hati. Aku tokok di bawah ni apa pula ciri2 ulama yang digolongkan sebagai 'ulama jahat' untuk meluaskan lagi pengetahuan kita. Sengaja aku pilih rencana yang ditulis oleh ulama PAS sendiri agar tidak dipertikai membabi buta oleh puak mereka.
ReplyDeleteMari kita kenali sedikit CIRI-CIRI ULAMA JAHAT
Di antara ciri-ciri ulamak jahat ialah:
1. Takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum.
2. Melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat.
3. Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah SWT.
4. Tamak kepada dunia dan pangkat.
5. Pengampu kepada pemerintah yang zalim.
6. Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim.
7. Tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewingan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan.
8. Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutnya sahaja, biarlah agama dicerca.
9. Bijak bermadah punjangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta.
10. Bercakap tidak serupa dengan bikin.
11. Tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada sebagai seorang yang ada ilmu agama.
12. Keluarganya tidak menunjuk contoh suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.
Petikan itu diambil dari rencana yang bertajuk ‘Awas Ulama’ Jahat’ tulisan Ust. Idris Haji Ahmad bertarikh 3/5/12 dan disiarkan pada 5/5/12. Beliau ialah Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Rencana lengkap boleh didapati di sini (jika belum dipadamkan lagi):
http://idrisahmad.wordpress.com/2012/05/05/awas-ulama-jahat/
nsibib 15
Ini pula rencana untuk mengenal 'ulama dunia'.
ReplyDeleteMari kita kenali sedikit CIRI-CIRI ULAMA DUNIA
Berikut saya nyatakan juga ciri-ciri ulama dunia. Saya senaraikan di sini berdasarkan kitab Ulama al-Suq Ulama al-Dunya karangan al-Amin al-Haj Muhammad Ahmad sepertimana berikut:
1- Menyembunyikan ilmu dan kebenaran.
2- Cintakan dunia dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
3- Mengikut hawa nafsu.
4- Berkeinginan untuk mendampingi dan mendekati pemerintah.
5- Berpura-pura di dalam masyarakat.
6- Menjanjikan akhirat dengan dunia mereka dan di dalam kehidupan mereka melebihkan perkara-perkara dunia serta lainnya.
7- Mengkaji dan menyelidik dengan kesalahan dan kekurangan.
8- Fatwa dengan mengikut syahwat.
9- Dengki dan benci serta tidak insaf.
10- Berbeza amalannya dan kata-katanya.
11- Berdolak-dalih dan berhelah.
12- Menjawab sesuatu dengan akal dan mengingkari serta bongkak untuk menerima kebenaran.
Petikan di atas adalah sebahagian dari rencana 'Ciri-Ciri dan Adab-Adab Seorang Ulama'
http://buluh.iluvislam.com/?p=65
Hanya pengikut taksub PAS saja…
ReplyDelete1. Yang boleh menerima bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
2. Yang boleh percaya dengan mengundi PAS saja sudah cukup untuk masuk ke syurga.
3. Yang sanggup membunuh sesama Islam demi berjihad ke jalan Allah.
4. Yang tergamak mengkafirkan saudara Islam yang lain, memboikot kenduri dan jenazah mereka, menceraikan pasangan yang tidak separti dengan mereka, mendirikan solat berasing-asingan.
5. Yang boleh percaya setiap patah perkataan yang diucapkan oleh pemimpin mereka adalah betul dan benar walaupun bercanggah dengan ajaran Islam.
6. Yang boleh percaya tiada sedikit pun cacat cela pada pemimpin mereka, malah boleh mengampunkan dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh pengikut.
7. Yang boleh terima caci cerca dan maki hamun alim ulama mereka terhadap manusia lain dengan bangga dan disambut pula dengan takbir.
8. Yang boleh menerima kelemahan pemimpin mereka tetapi tidak boleh menerima kehebatan orang lain.
9. Yang berani mencerca kelemahan orang lain tetapi tidak berani menegur kesilapan pemimpin mereka sendiri.
10. Yang tidak boleh berfikir bahawa orang lain boleh berbuat baik, membawa syafaat dan memberi manfaat, jika diterima pun tidak perlu berterima kasih, disyukuri dan dikenang jasa.
11. Yang boleh mendengar, membaca dan melihat tetapi tidak boleh berfikir dengan rasional dan hati yang terbuka.
Aku percaya ada banyak lagi. Harap kawan2 boleh masukkan agar kita boleh buat koleksi berbagai jenis ciri2 kehidupan ini untuk panduan hidup.
Yang menganjurkan K-POP macam mana?
ReplyDeleteYang salah tetap salah, tak kira siapa, walau Perdana Menteri sekalipun. Dan tiada siapa berupaya mengampunkan sesiapa yang berbuat salah, melanggar hukum dan perintah Tuhan. Tidak sekali2 Nik Ajis.
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..