Perjuangan PAS sebenarnya telah menyeleweng daripada landasan ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, PAS yang selalu menuduh UMNO menyeleweng daripada Islam kerana kononnya berjuang dan memerintah di atas dasar demokrasi, sebab itu PAS tentang UMNO.
Buktinya Nik Aziz selalu saja mengecam UMNO sebagai jahil, jahiliah, sesat, pergi jahanam dan sebagainya. Tuduhan dan kecaman terhadap UMNO bermula sejak kempen Pilihanraya pada tahun 1978 lagi. Tetapi semasa PAS berada di dalam Barisan Nasional (BN) dan berkongsi kuasa dengan UMNO antara tahun 1973 - 1977, tidak pula ada sebarang masalah dan semua yang terjadi di dalam BN adalah boleh dan betul belaka.
Tidak ada suara-suara sumbang yang mengkritik dan mengecam UMNO ketika itu. Tetapi setelah PAS keluar daripada BN, Hadi Awang dalam ucapannya di Banggol Paradong, Kuala Terengganu pada April 1983 terus mendakwa kerjasama dengan parti-parti bukan Islam dalam kerajaan BN dilarang Islam kerana BN mengekalkan perlembagaan penjajah (peraturan kafir).
Antara isi kandungan ucapan Hadi Awang berbunyi seperti di bawah,
Ucapan Hadi Awang itu telah dicetak sebagai Amanat Haji Hadi dan dijadikan bahan kempen pada tahun 1983. Amanat ini telah didedahkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), Terengganu pada tahun yang sama dan disiarkan sebagai bahan kempen cetakan bagi pilihanraya-pilihanraya kecil.
Namun sehingga sekarang amanat Hadi Awang ini masih belum ditarik balik secara rasmi oleh beliau.
Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..