Monday, July 9, 2012

Alhamdulillah Pulih Dari Gangguan Jin

Saya merasakan hampir 2 minggu, blog ini tidak berfungsi dengan baik dan boleh dikatakan agak jahanam juga ketika blog ini mengalami ancaman virus dari email.

Mungkin ada kalangan para pembaca menyedari akan kehilangan blog ini secara tiba-tiba atau mungkin ada yang tak perasan sebab blog ni bukannya popular sangat pun hehehe. Tapi bagi beberapa followers tegar blog ini, mereka kerap bertanyakan khabar mengenai blog ini.


Semasa awal blog ini terkena jangkitan cancer email yang muncul secara mendadak pada jam 1050 malam (1 July), saya sempat membuat recovery pada blog ini sekitar jam 1230 malam tapi pada jam 1 pagi (2 July), sekali lagi blog saya terkena belasahan email yang datang secara mendadak.

Kejadian ini berlaku untuk beberapa kali. Ini laporan daripada email saya.

Kemudian saya mengambil keputusan untuk menutup blog dan juga email semasa yang sedang saya gunakan sebelum ini. Semua ini bertujuan untuk mengelakkan contact list di dalam email tersebut daripada turut sama terkena jangkitan virus yang disebarkan pula melalui email saya.

Sekadar berkongsi bersama, ramai contact saya melalui email tersebut telah menerima kiriman email spam dan kebanyakan contact saya telah menelefon saya bertanyakan akan hal tersebut dan tak kurang juga mengamuk memarahi saya. Keputusan yang saya ambil ketika itu ialah memohon maaf hehe. Takkanlah plak nak bayar ganti rugi RM.


Setelah tutup punya tutup, lalu saya ambil keputusan untuk membuat recovery perlahan-lahan sambil dinasihati oleh beberapa rakan blogger dan followers yang lain. Terima kasih kepada blogger Mat Kilau Penang (MKP) yang bersusah payah menelefon saya dan mencadangkan idea itu dan ini. Beliau banyak membantu sebenarnya.


Tak lupa juga terima kasih lagi kepada :-
i- Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar,
ii- Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan kepimpinan,
iii- Geng-geng Unit Media Baru (UMB), terutamanya UMB Wilayah Persekutuan yang banyak memberi sokongan pada saya.
iv- Geng Shah Alam Rebels
v- Tidak lupa juga terima kasih kepada followers saya dari seluruh Malaysia yang banyak berkongsi pendapat dan maklumat. (perghhh dah macam menang award pulak)

Nak cite panjang pun tak guna dah. Saya masih tak mahu salahkan sesiapa yang cuba untuk menganiaya saya. Cuma apa yang boleh saya katakan ialah blog ini akan terus berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara !!

Pengajaran yang saya dapat dari kejadian ini ialah KINI SAYA KENAL SIAPA KAWAN, SIAPA LAWAN ;D

1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...