Tuesday, July 31, 2012

Jariah Bubur Lambuk Pemuda UMNO @rizalmanmokhtar #bn4wp

Apa yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Bandar Tun Razak ini tidaklah sehebat mana pun makanan yang disampaikan tetapi ia cukuplah sekadar mengurangkan kos perbelanjaan penduduk tempatan di sini.

Petang semalam di Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri, Pemuda UMNO Bandar Tun Razak diketuai oleh YBhg Datuk Rizalman Dato Mokhtar telah mengedarkan 1,000 bungkus bubur lambuk kepada pengunjung bazar tersebut.

Ini merupakan program tahunan "tanpa gagal" yang diadakan setiap tahun di bazar-bazar Ramadhan terpilih dan kawasan-kawasan tumpuan ramai di sekitar kawasan Parlimen ini.

Lokasi seterusnya adalah di Bazar Ramadhan Taman Tenaga pada Rabu ini.


Sent Via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...